Monday, June 21, 2010

RELEVANKAH MANSUHKAN UPSR & PMR?

Isu ni masih jadi perdebatan hangat lagi.. Kerajaan still mengkaji sama ada sesuai ke tidak untuk mansuhkan 2 jenis peperiksaan awam ni..kalo sesuai..hanya SPM je la satu2 nya peperiksaan awam untuk pelajar2.. Hmm pendapat aku la kan..ada pro & kons juga la..(eleh biasala kan..semua benda pun ada pro & kons,hehehe)

UPSR untuk budak2 darjah 6..Sebelum masuk tingkatan 1,semua pelajar kene amik exam ni..Bila dapat result, baru la dapat tau juga sekolah mana yang kita pegi..Sekolah primer ke..Sekolah biasa ke...Ibubapa skang kan dah pandai letak rated sekolah..Kalo sekolah tu banyak kes budak2 nakal..haaa memang dorang xmau hntar anak2 ke skolah tu..(kalo aku pun aku xmau hntr)

PMR..untuk budak2 tingkatan 3..Biasanya bila kita dah naik tingkatan 4(pendapat aku) time ni la kita dapat tau ke mana arah tuju kita selepas ni..ada yang pilih aliran teknikal(macam aku),ada yang pilih sain hayat(jadi doktor),ada yang amik sastera(jadi lawyer ke) macam2 lagi la..

Seterusnya SPM, ini final exam sebelum masuk universiti.. Kalo nak difikir2kan kesian juga tengok budak2 sekolah kene belajar struggle untuk setiap peperiksaan..Sampai ada ibubapa yang sanggup hantar anak dorang pegi tuisyen semata2 nak pastikan anak dorang berjaya..

Aku rasa xpatut dimansuh kan la..Sebab dari exam ni la kita leh tahu tahap intelektual pelajar2.. Dan akhirnya semua pelajar2 akan berusaha lebih baik untuk dapat keputusan yang terbaik.. Persaingan kan bagus..Hmm ada juga aku terbaca pendapat yang mengatakan sistem pendidikan negara kita ni hanyalah berorientasikan peperiksaan semata2.. Mungkin sebab tu kot kementerian bagi cadangan untuk mansuhkan peperiksaan..

Apa2 pun kita tunggu dan lihat jer la..harap2 nanti conclusion nya akan memberi manfaat kepada semua pihak..Jangan nanti macam lalang, kejap mansuh,pastu setelah bebrapa tahun kemudian bila x effektif nak diadakan semula peperiksaan ni..

No comments:

Post a Comment