Lately ni kerja aku makin kurang, semua da nak siap. Jadinya datang opis adalah tak tahu nak buat apa..maka banyak masa aku buat benda2 yang entah apa2 ...hehehe apala ayat ni.. serupa ********** cakap puiii...
Ok time rehat2 macam ni, aku biasa dok lepak depan pc sahaja, nak turun makan dikantin adalah malas. Sebab, lauk tak sedap.. ok mengada disitu macam la ko masak sedap yer nani...
Tapi tak pe, walau aku masak sedap ke tak sedap ker, aku tetap selera makan, sebab aku yang masak.. Hmm semalam aku try resepi baru, Isi ayam masak halia berkuah sos tiram. Nama dah hari2 kene masak, hari2 juga la aku godek2 blog cari resepi yang paling mudah. Dah mudah, nak juga mudahkan lagi.. dasar.....hehehe
So bila keep repeat daging kicap, daging blackpepper, sotong kunyit, sotong blackpepper, hoih aku pun jemu gak, entah2 encik suami jemu gak, tapi da wife kesayangan dia ni masak, makan juga la. ( habis bila aku tanya asik la dia cakap- tak kisah, masak la apa2) aku kan style nak mudah (konon) Makanya bantai resepi yang senang2 jer la.. kuikuikui
Ok resepi isi ayam masak halia berkuah sos tiram- panjang pulak nama lauk ni, penat menaip ni ha..mesti la ada isi ayam, bawang merah bawang putih, halia, sos tiram. Cara masak pulak, tumis jer bawang merah, halia, bawang putih, lepas da naik bau, masukkan ayam, biar masak sikit, then baru curah sos tiram... Kemudian sila lah masukkan air untuk buat kuahnya.. masak lagi... dan rasa, kalau ok, boleh hidang la..
Tu dia ayam masak halia berkuah sos tiram... Fuh.. encik suami, hari tu ada request nak makan peria. Aku mana la tahu kan dia nak makan sayur apa. Sebab aku bukan pemakan sayur, so bila dia request peria ni, gigih (sekali lagi) aku google cara masak. Nampak senang dan memang senang pun..
Sayur peria goreng telur. Aku letak udang sikit, buat ada2 jer.. kang kosong jer nampak, takde daya penarik.. ahaks.. memang sah mengada kan...
Mula2 potong peria kecik2 dan bersihkan. lepas tu sediakan la bahan tumis, macam biasa- hirisan bawang merah, bawang putih, lepas tu lada sikit. Siap semua, tumis bahan2 sampai naik bau, lepas tu aku tabur maggi cukup rasa sikit, untuk perasakan dia.. kemudian masukkan peria, kacau sampai masak, baru masukkan udang.. agak2 udang da tukar warna,baru masukkan telur... pastu kacau2 sampai telur masak, yeay.. siap untuk dihidang...
Ok.. itu jer lauk aku malam tadi..
Next mission is mee rebus or mee bandung, tak sure lagi sebab ni pun encik suami yang request.. Dia siap beli rempah online katanya keluaran Mak Pon.. entah ada ke tak... Mak Pon ok, jangan Mat Pit sudah.. daaaa...
simple dan pastinya sedap...
ReplyDeletemasak simple2 saja. balik kerja pukul 7 baru sampai rumah. ini je yang mampu buat.. hehe
ReplyDelete