Monday, March 18, 2013

AYAH

Waktu aku solat kat surau, aku terdengar budak2 operator berbual, (heh jangan kau ingat aku ni solat tak khusyuk pulak- time ni aku da habis solat tau.. tengah2 lipat telekung...)

Budak 1: Aku nak beli handphone baru la. Hari tu aku ada bagitahu ayah aku, aku nak beli handphone baru.

Budak 2: Habis ayah ko cakap apa?

Budak 1: Ayah aku terus bising, cakap kat aku, duit tu ada, disimpan, jangan beli benda tak perlu.. Terus aku tak jadi beli.. (sambil gelak2)

Budak 2: Ooo ko ni jenis mengikut kata ayah eh, habis esok2 kalo ko ada boyfriend, kalao ayah ko tak suka, ko tak jadilah bercinta?

Huh lepas tu aku terus tak nak dengar lanjutan perbualan tu, aku tak tahu, hati aku sedikit tersentap. Serius aku tak tahu apa motif budak 2 (baca: budak dua) cakap macam tu. Aku sebelum kahwin, selalu jer refer pada ayah aku bila nak buat sesuatu, mungkin sebab ayah aku more open compare dengan mak aku. Banyak hal, aku mintak pendapat dia.. Dan dia sangat supportive dalam pelbagai perkara.

Dan aku rasa nasihat ayah budak 1 adalah betul. Seorang ayah yang akan sentiasa ingatkan anaknya, sentiasa tunjuk ajar pada anaknya, beri nasihat yang baik2.. Ayah juga kena jadi yang terbaik, depan anak2. Supaya anak tak mudah goyah.. Tak kira pun apa yang berlaku..

Hmm (mengeluh sambil tersenyum sikit) rindu kat ayah aku, sejak duduk luar ni, jumpa ayah seminggu sekali kat pasar.. (senyum lagi) tak sangka sampai sekarang ni, ayah aku kadang2 akan sms aku sebelum aku balik kerja, untuk beritahu keadaan cuaca, contoh ayat dia- nani, bawak kereta hati2.Hujan lebat atau hujan lebat ni, nani jangan balik dulu..

Ayah, memang terbaik.....

2 comments:

  1. daring bebdk sekrg lain. i dulu jenis takut abah..mak tpt refer.

    ReplyDelete
  2. btol, zaman da berubah kan.. dulu lain, sekarang lain.

    ReplyDelete