Sambil2 buat kerja ni tetiba terfikir nak mengarang pulak. Ini nak bercerita. Alkisahnya plan aku hujung minggu ni nak pindah masuk rumah sewa. Rasa macam da nak dekat sebulan da dapat rumah tu tapi still duduk rumah mak aku lagik. Kuang kuang kuang.
Mula2 rasa excited la kan.. Wow rumah sewa. Tapi lama2 fuh.. Poning kepala dibuatnya. Nak masuk rumah sewa, alkisah rupanya banyak benda nak kene fikir. Dari hal perabot, langsir bagai sampai la ke hal2 dapur. Erk dapur eh.. Padan la muka untuk orang yang rajin macam aku.
Aku bukan reti sangat petik dapur ni. Konon nanti kuar api besar la.. Bab masak memasak memang la fail. Grade E kot. Haha. Da kahwin ni mula la ada kesedaran (yang tinggi) pasal masak masak. Sebab ada perut lain nak di isi. Kalo aku sorang, roti dengan nutella pun jalan. Hmm..
Makin nak dekat pindah ni, makin serabut sikit aku berfikir apa barang nak dibeli untuk isi dalam peti ais. Peti ais beli besar2 setakat ada cordial, air masak n ais jer.. Phuiiii...
Siap aku buat survey lagi dekat kawan2... Macam2 jawapan la yang aku dapat. Kehkehkeh.. Tapi ok juga atleast aku ada idea nak start membeli.
Aku ingat nanti memang kene buat satu list. Lepas tu baru senang nak cari barang.
Kene juga akui diri sendiri punya kelemahan. Satu sisi yang lain, aku sangat confident dalam semua hal. Of course la bab kerja. Pengalaman da bertahun2 (baru je 5 tahun-genap) dalam manufacturing ni, tak kira apa masalah, skedul model baru tetap ontime. (tu pasal aku sangat sayang kerja aku ni, padahal mulut kadang asyik komplen juga)
Tapi daripada sisi yang sebelah sini- bab masak memasak.. Sangat la malu nak cerita. Failed. Takpe sama2 belajar.. Start dari bawah..practise make perfect. Start beli buku masak banyak2. Hehe.
No comments:
Post a Comment