Wednesday, November 14, 2012

CUCI GAMBAR PUNYA CERITA

Mata mengantuk di petang2 hari ni.. Fuh...cemana buat eh.. Rasa kerja aku untuk hari ni dah siap..just keje follow up jer.. Ni yang agak malas nak kejar2 ni. Tapi kalau kita tak kejar...confirm lepas ni kita yang dikejar.. Haa kau nak pilih yang mana??

Sebut pasal follow up ni.. Kadang2 benda macam ni memang penting. Contoh macam waktu aku cuci gambar kawen hari tuh. Aku hantar hari ahad. Budak kedai tu bagi aku leadtime 3 hari untuk siapkan. Ok fine. Walaupun aku rasa macam lambat sangat tapi alasan dorang, dorang tak de machine nak cuci.. Ok la.. Layankan ajer..

Hari isnin,selasa.. Ok takde rasa apa pun..ehehe..hari rabu. Ikut perkiraan da cukup 3 hari. Hati da excited da...gambar kawen sendiri, mana tak excited. Tunggu punya tunggu smpai ke petang langsung tak ada call..ok sebab hari tu aku banyak kerja, jadi malas fikir sangat.

Masuk hari khamis, hati dah start panas. Balik kerja aku terus call. Lepastu baru budak tu confirm dengan aku, gambar dah siap dari hari rabu lagi.. Pergh....alasan diberi, dia trya call aku banyak kali.. Tapi tak dapat. Soalan aku: da tau tak dapat, habis tu tak de usaha ko nak call lagi smpai dapat?? Nak kene tunggu customer sendiri yang follow up baru nak bagitahu barang dah siap. Ni pun nasib la aku jenis yang cepat ingat sket. Kalo dapat orang yang pelupa, mau berhari2 baru gambar tu sampai ke tangan kita.

Tapi aku malas nk besarkan issue ni kat kedai tu. Sebab aku kalo da start tanya- macam polis- kang macam2 aku tanya tak terjawab nanti dorang.
Asalkan gambar aku siap, sudah.
Kesimpulannya.. Kerja follow up ni memang penting. Untuk kebaikan semua orang.. Ok la da membebel banyak ni.. Sambung nanti. Kene wayang sket kat opis nih.

Published with Blogger-droid v2.0.9

No comments:

Post a Comment