Sunday, November 4, 2012

REVIEW OFFICIAL GAMBAR KAHWIN DARI PHOTOGRAPHER.

Nah...akhir bulan 10 hari tu aku da terima full picture plus album dari photographer..Memandangkan pakej yang aku tempah tu, hanya ada custom album sahaja, dan mak ayah aku pun seakan tak puas nak tengok, jadinya aku decide untuk cuci selected gambar lagi.. supaya dorang dapat tengok sepenuhnya perjalanan majlis.So lepada bride to be, elok la consider untuk amik pakej yang ada sticky album yer..sebab orang tua bukan suka tengok2 gambar dekat pc/desktop. Amik pakej yang ada sticky album siap2, supaya korang takde la pening kepala nak memilih gambar2 yang cantik2.. biar photograper yang pening, jangan kita yang pening, sudah...hahaha

Ok, yang first haruslah letak gambar pelamin.. Pening kepala juga mula2 memilih design pelamin ni. aku just nak yang simple2..so ni lah hasilnya.. Hasil kerja Rozaini Bridal..


Gambar aku dengan pengapit pun wajib ada..hehe


Inai dijari yang baru siap dalam pukul 2 pagi sebelum nikah..fuh..nasib la cantik pada pandangan mata aku...kuikuikui Ini pun aku kene buat dua kali inai guna dua inai yang berlainan. Sebab inai yang pertama tu tak keluar color. Dan juga nampak kecoklatan...Yang kedua ni hasilnya haa merah mak dara...layan saja lah...


Pose istimewa sebelum nikah..


Bergambar sakan selepas sah nikah..



Pose istimewa waktu bersanding...Haa Baju silver ni ceritanya aku mula2 memang tak nak pakai. Tapi ini baju pilihan pertama aku..Bila banyak kali datang butik, nampak banyak baju baru, hati mula la berbelah bagi. Tapi akhirnya balik juga pada pilihan pertama ni..Tambah pulak aku rasa warna ni matching dengan background pelamin pink putih tu...




Gambar dengan kedua2 pengapit haruslah ada yer..hehehe


Majlis belah petang tu, waktu potong kek, aku pilih persalinan merah...





Majlis aku takde picture outdoor.. Mula2 rasa rugi juga, sebab photograper ada laa juga offer kot2 nak buat outdoor sekali. Kebetulan, hari majlis tu, petang hujan..so kira takde la outdoor.. Apa pun.. Aku memang amat2 berpuashati dengan kualiti dan perkhidmatan photographer ni..

Thanks to ikin sebab recomend & to both abg sani/kak laila...thanka a lot..
Ok berakhir sudah review gambar nikah kahwin ni..
Hmm hari ni aku penat betul berjalan sakan...Encik suami pun dah terlena da time aku update blog ni..
Memang penat la tu kot.. Lately ni kitorang busy nak membeli persiapan rumah.. Da nak masuk rumah sewa la katakan..Tahun depan la tunggu rumah sendiri, tadi pergi tengok progress...Dah nak siap da..Dah siap cat semua,tinggal pagar je..Tak sabar rasanya (mesti encik suami gelak2 bila baca nih..huh)

Tetiba hati masih bengang sebab comforter yang aku teringin nak beli tu dah dikebas orang..Padahal aku tinggal kejap jer..Aku pulak memang tak bagitau akak yang jaga departmen tu yang aku nak beli, sebab konon2 nak la tanya pendapat encik suami, kemudian bila datang bali, warna yang aku suka, sudah dibeli satu pasangan I****..pergh memang geram teramat la kan...last2 aku beli juga, mana boleh tahan..hahah shopping habis...sabar je la..

Mata pun da berat sekarang ni..Esok pun kene bangun pagi dan kerja pun melambak.. Nak tdo la..Rehatkan badan..Nite...

1 comment:

  1. Nani sayang...baru ade kesempatan tengok gambar kawen hang...
    comelnye...

    aku suka dua2 kaler tu
    merah
    dan silver

    warna febret tau!

    bile la nak lepak2 ngan ko ni...
    rindu...tapi akku bz cam nak maut
    dan aku rase aku makin malas nak kuar umah

    ReplyDelete