Saturday, December 8, 2012

LEMAK LABU DAN SOTONG MASAK APA TAH




Hari ni encik suami bercuti. I like.. Jadi pagi2 lepas sarapan aku dengan encik suami pergi pasar. Mak ayah aku suruh datang pasar, amik sayur.. Wow jimat disitu. Bak kata adik aku "sedih la kalo bapa jual sayur, anak beli sayur. Elok amik jer sayur kat pasar"
Cuma tinggal beli ikan,sotong,daging dan ayam jer.. Itu la untung anak penjual sayur ni..kuikuikui tapi malangnya aku bukan makan sayur sangat. Jadi amik sayur yang agak2 encik suami makan jer.
Hari ni aku masak lemak labu. Encik suami suka lauk ni.. Try jer la buat.. Macam biasa search je resepi dekat pakcik google. Sekejap jer da dpt..haha
Bawang merah,bawang putih, ikan bilis, dan labu...garam jangan lupa letak juga, masuk dalam periuk, letak air paras2 labu jer.. Lepastu biarkan mendidih.
Bila dah mendidih, masukkan santan..lepastu letak sikit serbuk kunyit bagi warna kuning.. Lepastu agak2 labu da empuk, bole matikan api dan hidangkan.. Fuh...
Second lauk aku..berasaskan sotong.. First time basuh sotong..haha ok la juga. Mula2 plan nak masak sotong masak kunyit cili api? Begitu la kata encik suami.. Tapi sebab aku refer resepi mana tah, terus tak jadi.. Ni skang tak tahu sotong masak apa.. Tapi tak pe.. Next time bole try lagi..
Blender bawang merah, bawang putih, halia,cili merah,patut masukkan kunyit sekali. Tapi rumah aku tak de kunyit so skip yang ni.
Kemudian tumis sampai naik bau. Lepastu masukkan sotong. Aku tersilap stage ni, aku tambah air terlalu banyak. Tu yang nampak berkuah sangat. Sotong sendiri dah ada air, so kalo still nak tambah, tambah sesikit jer.
Kemudian aku masukkan sayur nak bagi warna2.. Takdela nampak kosong jer. Lepastu agak2 sotong da masak.. Matikan api..boleh makan.. Opss sebelum tu sila rasa dulu masakan.. Kalo kurang rasa, tambah la apa yang patut.. Garam ke gula ker..hmm patut aku bole puji diri sendiri ni. Ada personal improvement.. Gigih juga memasak untuk encik suami. Haha
Ok panjang da taip ni.. Sambung search resepi untuk esok. Daa...
Published with Blogger-droid v2.0.9

No comments:

Post a Comment