Sunday, January 29, 2012

SURVEY HARI NI

Minggu ni terasa penat. Cuti CNY sampai khamis, duduk rumah jer..penat. Lepas tu start kerja jumaat...Kemudian terus kerja sabtu-kerja ganti, penat juga...Tadi aku pergi pameran pengantin kat angsana...jalan2, penat lagi..ha ha bila nak pulih perasaan penat ni..kuikuikui merepek.

Pameran pengantin, aku dah pergi dua kali (termasuk kali ni). Tapi kali ni aku hangkut encik tunang sekali, kene la buat decision sama2..ye tak..Hmm banyak la booth, macam tahun lepas. Aku amik semua pamplet yang ada.

Balik rumah siap aku compare dengan tahun lepas punya pamplet(sama bridal). Ada yang sama jer harga dia, ada juga yang beza sampai RM1k. Tahun ni harga naik sikit.(tang ni le rasa rugi plak tak booking awal dolu2) Ha ha

Sempat juga singgah booth kad kawen. Beli kad kawen, siap ada free paper bag lagi. Dengan bunting. Hmm bagus juga dapat paper bag free..Bole letak doorgift dalam tu. Tak payah susah2 aku nak beli brown bag & doily paper bagai..Hmm tu kene reconsider balik.

Pakej pengantin tu aku kene rearrange balik.Apa yang aku perlu, apa yang aku tak perlu. Kene fikir betul2..sebab..ha ha nak cost down of course. Tak nak la berlebih2 belanja nak kawen ni..Kang nak memulakan hidup baru, lagi banyak pakai duit..Sudah la tadi encik tunang kata nak buat rules baru...sebelum ni biasa orang cakap, 'duit isteri duit isteri, duit suami pun duit isteri'..ada ke dia nak tukar jadi 'duit suami duit isteri, duit isteri duit suami' hmm pening kepala aku..ha ha

Tetiba aku terfikir, baju nikah sesuai buat sendiri ke or pakai baju bridal? hmm fikir2..

No comments:

Post a Comment