Sunday, July 21, 2013

BAZAR RAMADAN.

Tayang menu lauk berbuka puasa hari ni. Nasi goreng, ayam panggang dengan roti telur. Minggu ni dalam sejarah, aku tak pergi pasar!! Apakan daya, terasa malas nak bersiap2 pagi2 (malas lagi- haish buruk perangai btol la) Sudahnya masa aku ke giant tampoi tadi, sempat juga jeling2 kot2 ada ke udang atau sotong yang berkenan..

Tapi setakat pandang saja la. Mungkin sebab aku dah biasa membeli dekat pasar. Kat giant tu, nampak banyak jual kuih raya, tapi mood nak membeli tak de. Ha ha mungkin belum nak dekat2 raya kot. Takpun tunggu gaji. kuikuikui

Hmm hari ni aku tak membeli makanan kat bazar. Nak tulis sikit pasal gelagat orang2 kat bazar ni. Bab peniaga- jual makanan, rasa tak seindah rupa. Aku pernah beli sekali kek choc moist. Ceh time nak berbuka time tu la teringin nak makan choc moist. Kek yang aku beli tu, rupanya nampak menarik dengan toping coklat ganache yang berkilat2.. Bila makan... hmm kering je rasa kek tu. Mana choc moist nyer???

Bab pengunjung pulak, hai la.. tengah jalan2 kalo tiba2 terjumpa geng, bole le pulak berhenti nak borak2 kononnya... adoi adoi... Tu belom lagi tengah2 jalan tiba2 ada kereta nak lalu tengah. Bayangkan la dengan sesak2 orang ramai, ada pulak kereta sebijik nak lalu tengah2 bazar.. Hoi la. kau turun jalan kaki bole x? Grrrrr...

Opps.. ter membebel pulak. Ok stop dulu la. Mataku sudah mengantuk ni. Esok nak bangun pagi- siapkan sahur encik suami. Pastu aku kan masuk keje kol 7.. Hmm sabar je la..

No comments:

Post a Comment