Tuesday, February 25, 2014

KETIKA INI...

Time rehat macam ni baru la aku rasa ok sikit nak update post. Aduhai busy bukan main. 

Sabtu lepas pertama kali datang OT kerja. Sepanjang keje sini baru pertama kali OT. Oooh my.. Ni kira memang da terdesak sangat- bukan terdesak nak kejarkan duit OT, tapi sebab da tak tahan mimpi ngeri bab kerja yang tak putus2. Huh.. Gagahkan diri juga datang keje, siapkan mana yang bole. Ingatkan bila OT sabtu, kurang la sikit keje hari isnin, tapi rupanya sama je. Kesimpulannya: takde beza pun dari segi kerja.. how to reduce work??

Hari ahad lepas, aku dengan encik suami pergi cat rumah. Cat sikit je bahagian yang nak pasang kabinet dapur. Aku macam biasa la, lebih kepada meneman encik suami, sebab nak cat pun, tak tahu  area mana. Pendek. Tak sampai. Jadi biar orang yang tinggi2 buat kerja. Orang pendek tengok2 saja..


Tu bahagian dinding yang dicat warna putih. Final decision: Cat putih saja lah. Nampak moden katanya. So, sekarang tunggu pasang gril tingkap belakang, pasang window blind, pasang downlight, pastu cat rumah- hall-dining-dapur- hall atas- masterbedroom.. Wowo nak terkeluar biji mata nih.. duit duit duit.. Bagaikan air.. Harap2 semua ok dan still in budget..

Malam tadi encik suami kata nak pergi bayar duit kereta- aku ambil kesempatan makan luar.. 

Ingat nak makan sate.. Terliur tengok gambar hari tuh..


Tapi macam takde mood pulak.. Order nasi goreng ayam kunyit, sirap ais dengan jemput2 ikan bilis.. hahahaha. Side order tak boleh tinggal..

Hmm lambatnya waktu berlalu hari ni. Hari ni aku datang lambat lagi. Entah mana la motivasi aku nak keje sini.. Hohohoi.. Ok stop bebel dulu..

Kesian kat blog ni sebab lama tak de entry baru..

3 comments:

  1. tu tanda nak suruh cari kerja lain dah tu

    ReplyDelete
  2. BZ sgt eh nur... dapur tu nampak besar la nur...

    ReplyDelete
  3. Rizziela: ye kak, memang tengah cari kerja lain pun.. hehe
    Sweet tooth: kak nina, rasa sebab cat putih, tu yang nampak besar tu..

    ReplyDelete