Thursday, August 21, 2014

HUJAN RAHMAT.

Aku perasan lately ni musim hujan. Asal petang je hujan. Hujan bawa rahmat. 

Semalam aku notice ada sikit bocor kat hall atas dalam rumah aku. Betul-betul air menitik dekat depan pintu masterbedroom. Tak la banjir sampai melimpah or air mengalir, just macam air masuk tempis gitu. Kene call developer & request dorang fix the problem. Hari ni hujan agak lebat juga. Harap-harap jangan la air masuk lagi.

Semalam juga aku notice wiper belakang gen2 tu dah rosak. Drive dalam keadaan hujan, pemandangan terhad. So bila nak on wiper belakang. ehhhh tak naik-naik. Naik sikit je. Sikit sangat. Suku pun tak sampai. Kat rumah, aku try on lagi. Tengok-tengok memang patah dah loose. Kene tukar baru la jawabnya. Wow banyak nak di tukar kat gen2 ni. Dari sebelum raya lagi. Sampai sekarang belum tukar. Tunggu turn. Ha ha Kumpul dulu banyak2 baru tukar sekaligus. Jangan-jangan tukar kereta. Ok sila pasang niat dulu dan allocate wishlist ni nak duduk tangga berapa. Wishlist yang sedia ada pun belum tau bila nak tertunai. Angan-angan dulu.. I like....

Hari ni aku ada sikit masa nak membebel dekat blog sebab mood tak berapa nak ada untuk buat kerja. Kalau diturut rasa hati nak je halfday. Tapi memikirkan itu dan ini. Terus tak jadi- banyak sangat fikir, end up tak buat apa-apa la. Tak ada hasil.

Lambat lagi nak sampai waktu balik.  Hmm apa lagi nak cerita.. Oooh apa agaknya menu malam ni yer. Minggu ni aku banyak makan mee. Mee goreng, spagetti goreng, spagetti bolognese, semalam repeat mee goreng lagi. Ok fine. Jemu sudah. Apa boleh buat. Itu menu yang paling simple dan cepat. Cepat tu penting ok sebab balik rumah petang-petang..ooooh alangkah best nya kalau tinggal makan jer(dalam mimpi) ha ha ha

This weekend nak masak nasi ayam lagi dengan ikan siakap sweet sour. Sabtu dan ahad. Tapi ikan da order siap-siap dekat mak aku. Tengok dulu ada stok ke tak.

Ok banyak cerita dah. Stop entry dulu. Next time kita story mory lagi.

No comments:

Post a Comment