Sunday, April 26, 2015

CARA KAWAL BELANJA BULANAN.

Zaman sekarang ni semua barang da mahal. Gaji takde la banyak mana. Tapi harga semua barang da naik. Terutama lepas GST ni. Jadi aku sekarang da start kawal belanja. Beli barang keperluan sahaja. Bukan kehendak. Tapi kadang-kadang nafsu kuat betul. Tergelincir juga. Beli benda yang bukan-bukan. Dah beli barulah terasa nak tampar diri sendiri.

Dalam satu minggu, aku akan peruntukkan satu hari untuk buat list menu mingguan. List ni tersangat la penting sebab kalau takde list ni dalam satu minggu, memang blur nak masak apa. Lepas tu list ni membantu juga dari segi pengurusan masa. Agak-agak hari yang aku tak penat sangat, bole la masak meriah sikit. Takde la meriah mana pun. If hari penat, masak ala kadar. Bole? Kadang-kadang makan luar je.

Daripada list menu mingguan tu juga, aku  akan pecahkan kepada beberapa bahagian iaitu: barang yang nak di beli kat pasar dan barang yang nak dibeli dekat pasaraya. Pasaraya ada dua. Satu, Giant. Satu lagi Cold Storage. Giant tempat aku beli barang macam minyak masak, tisu dapur, shampoo, susu, sos spageti, frozen dan sebagainya. Cold Storage khusus untuk buah-buahan, tapi ada juga aku beli barang macam frozen food, tepung la. Tengok pada list barang apa nak di beli.

List barang ni juga sangat-sangat membantu sebab aku hanya akan pergi cari barang yang nak dibeli saja. If takde list, aku akan round satu Giant then stop lepas tu fikir, nak beli ke tak. Yang mana pengakhirannya aku biasanya akan beli, tapi tak tahu bila nak guna barang tuh. Menyampah betul. Hahaha

So kesimpulannya kelebihan list barang ni adalah untuk:
1. Kawal barang apa yang nak dibeli-berdasarkan menu
2. Secara tak langsung jimatkan duit belanja- tak membeli barang yang tak diperlukan
3. Jimat masa dan tenaga. Sebab pergi pasaraya, cari barang, bayar dan balik. Habis cerita.

Ok sebenarnya dapat idea nak tulis entry masa tengah bersiap nak pergi Giant. Beli barang. 


Sebelum keluar, pakai BBCream Seqybeauty jer. Tak payah pakai bedak. Jimat masa bersiap. La la la la. 

Ok aku nak bagitahu. Aku agen SeqyBeauty skang. Jadi bole dapatkan barang SQB dari aku. Sekarang ni tengah hot BBCream ni la. Untuk testimoni, boleh refer dekat IG dan website Seqybeauty.. Kalo nak cuba bole roger-roger. COD area Kempas, Setia Tropika, Skudai, Senai, JB. Jimat postage. Ok? Sambung nanti. Layan TV jap.

No comments:

Post a Comment