Saturday, October 24, 2015

DEMAM KEPIALU, HATI-HATI

Lately ni ada issue pasal demam kepialu.
Demam kepialu ni disebabkan oleh bakteria yang mencemari makanan dan minuman.
So aku gelabah juga.

Sebab aku skang ni da masuk mood malas masak.
Kalau dulu seminggu sekali makan luar.
Now boleh sampai 3 hari straight makan luar.
Amboi, duit, silakan mengalir macam air ya.

Kekadang rindu rasa nak makan masakan sendiri.
Macam rasa sedap sangat kat tekak aku.
Eh tapi makan luar pun sedap juga.
Tepuk muka sendiri. Bye.

Jadi aku cuba la gigih balik pada keadaan dulu. Masak.
Malam tadi dinner, aku masak mee hoon singapore dan popia goreng.
Hari ni lunch, aku masak kurma ayam dengan sawi goreng.
Itu je yang ada dalam peti ais. Okey tak pe.
Janji ada bahan nak masak.
Malam ni pulak, tak tahu nak makan apa.
Tengok draft plan, oit.. PASAR MALAM??

Ooh so da memang plan nak beli dekat pasar malam.
Choiii mengada sangat.
Kata nak masak tadi kan.

Okey kat sini nak share sket info maybe berguna untuk kita semua.

Simptom demam kepialu:
Keletihan
Demam
Cirit birit
Muntah
Sakit perut
Sembelit
Sakit kepala

Kaedah penyebaran demam kepialu: melalui pengendalian makanan dan minuman.

Komplikasi akibat demam kepialu:
Pendarahan dan kebocoran saluran penghadaman
Keradangan otak
Psikosis

Antara langkah pencegahan:
Minum air yang dididihkan atau dibotolkan
Elakkan makanan yang tak dimasak
Amalkan kebersihan tangan yang baik.

Aku sangat memahami la, keadaan orang yang rasa mcam tak sempat je nak masak.
Dengan beban kerja hari-hari. Penat lagi. 
So kalo nak beli makanan dekat luar tu, hati-hati.
Dan doa banyak-banyak.
Moga-moga kita tak de terkena demam kepialu ni.

Okey da panjang entry ni.
Hari ni ada aktiviti lain lagi..
So nak kene bersiap. Sambung nanti. Bye.

No comments:

Post a Comment