Wednesday, September 7, 2016

APA ERTI MESRA PELANGGAN UNTUK ORANG YANG KERJA FRONT DESK?

Kat mana-mana tempat kita pergi, mesti ada orang yang kerja bahagian front desk.
Umumnya orang yang keje front desk ni macam receptionist dan kaunter pertanyaan adalah tempat pertama sekali kita tuju bila kita ada persoalan nak tanya. So kita (biasanya) memang expect mereka ni serba tau la. Ikut logik, kita baru je sampai mesti la banyak benda tak familiar.

Lebih daripada tu, kita pun memang akan expect mereka ni MESRA pelanggan.
Sebab ada kemungkinan kita akan tanya pelbagai soalan. Dan jugak mungkin akan tanya soalan sama berulang-ulang kali. Cuma tukat ayat ke, tone suara ke. Lain orang lain gaya kan?

Tapi aku perhatikan, banyak orang yang keje front desk ni tak mesra.
Muka nak garang. Nada cakap nak mendatar je. Serius (konon).

Aku jenis orang yang serius juga. Tapi ikut keadaan la kan. Takkan ko nak tayang muka serius je sepanjang masa. Customer bosan ok.

Tak boleh ke bercakap dengan suara yang ada tone. Suara happy ke, suara senyum ke.
Raut muka, tak boleh ke nampak mesra, ceria.

Aku faham la beban KERJA mungkin banyak untuk mereka yang jadi front desk ni kan.
Tapi fikir la, awak tu mencerminkan organisasi awak bekerja, so muka kene manis sket yer..
Tolong lah MESRA pelanggan. Kerja dengan orang, bukan kerja dengan barang.

Sekian.

No comments:

Post a Comment