Thursday, April 23, 2015

PANGGILAN YANG TAK DIDUGA.

Aku ada receive satu call. Dari satu nombor handphone. 019-xxxxxxx. Kebiasaannya aku tak akan accept call dari nombor yang aku tak kenal. Tapi tadi entah kenapa, tergerak nak jawab.

Seorang perempuan, suara halus je. Katanya nak bagi aku satu kad diskaun. Terus ditanya adakah aku pengguna maybank visa, untuk kad atm. Teragak-agak aku jawab : ye. Tak sedap hati aku tanya dia dari mana. Dari Maybank katanya. Laju je cakap. 

Kemudian dia nak mintak aku confirmkan nombor kad atm visa aku. Aku kata, kad xde dekat aku sekarang, aku tak bawak. Lepas tu dia terus kata: kalau macam tu takpe, kita akan buat semakan sekali lagi dan call kemudian. Dan pemanggil terus letak telefon!! Sehingga sekarang, takde pun call masuk dari nombor yang sama. 

Apakah tu sindiket nak curi duit atau apa. Aku tak tahu. Harap-harap aku tak terjebak dengan issue semacam ni.. Cuma jadi pengajaran untuk diri sendiri, tak payah sekali-sekali terima call dari nombor yang tak familiar. Kang nanti satu hal pulak kene melayan telemarketer ni.


APA YANG BERLAKU SEMALAM DAN HARI INI.

Semalam aku buat kerja gila. Time lunch aku keluar kilang. Mana tahu nak tersangkut dengan jem.. Aaah sudah, berpeluh-peluh dalam kereta, kaki sakit tekan clutch, terus pecut masuk highway, tak balik-balik kilang. Ha ha ha Lepas tu kat rumah terfikir apa pending job. Isk2. Tapi aku happy. Tak kisah la kan. Asalkan aku happy. Tapi ini memang betul-betul kerja gila. Burn 0.5 cuti aku for nothing.. Insaf sekejap.

Jadi hari ni konon nak tebus kesalahan semalam, awal-awal dah bersiap. Gigih tak gigih la kan. Mandi awal, iron baju, pakai shawl siap. Lepas tu turun bawah. Breakfast yang paling cepat- segelas bancuhan ESP dengan performance drink. Minum macam tu je, malas nak cari penutup shaker ni. Ha ha


Sempat juga la makan roti sekeping. So benefit dia, pagi-pagi rasa semangat untuk memulakan kerja, takde la rasa mengantuk atau lapar ke. 

Ok lepas makan, sawan cermin sudah mari.. hahaha sejak adanya cermin kat hall rumah aku ni, suka nau nak berselfie.

Hari ni: yellow theme, kuikuikui

Abaikan rumah yang sepah serba serbi itu. Aku kemas rumah ikut mood ok.
Hari ni pakai kasut baru. Separuh perjalanan nak masuk kawasan kilang, kaki dah sakit-sakit..Confirm. Melecet. Sampai berdarah ok. Tak tahan punya pasal, tambah pulak untuk elakkan luka melarat, tahankan juga la sakit untuk patah balik ke kereta. Tukar balik pakai kasut lama.. Lega sangat heheheh. Memang nak kene gigit dulu la kot setiap kasut baru. Tapi kasut yang satu lagi, tak pulak buat kaki melecet. Ok lunch time.  Tak terasa lapar sangat. Makan je la coklat sambil-sambil online kejap lagi. Ok sambung nanti.

Wednesday, April 22, 2015

VIDEO VIRAL.

Ada dua kes video viral kat internet yang aku perasan dan aku nak ulas.

1. Kes bayi yang menangis-nangis kene pukul dengan ibu dia.
Berdasarkan berita TV1 yang aku dengar, katanya si ibu berusia 17 tahun mengalami tekanan perasaan disebabkan suaminya telah lafazkan talak. Sebab tu dia seolah-olah lepaskan tekanan dekat anak dia yang berusia 5 bulan tu. Sebagai seorang ibu, tergamak ke kau nak pukul bayi yang masih kecil?? 17 tahun dah ada anak satu. Aku fikir budak ni kahwin muda. Ini lah salah satu sebab aku kurang galakkan kahwin muda. Pemikiran belum matang. Walaupun tak semua, tapi kebanyakan orang muda belum boleh berfikir dengan matang. Ikut emosi. Kalau tak silap, ibu muda tu dibantu dengan diberi kaunseling oleh jabatan yang berkaitan. Aku sangat berharap perkara macam ni takkan berulang lagi. Habiskan lah umur muda di tempat yang sepatutnya. If ada peluang, muda-muda cari ilmu, tambah pengalaman. If takde peluang, cuba untuk perbaiki dan hadirkan peluang. Jangan mudah mengalah. 

2. Kes azan yang dinyanyikan oleh Cina. Aku geram je tengok dengan perangai mamat tuh. Ini bukan kali pertama dia persendakan Islam. Dah banyak kali. Aku tengok sikit je video tu. Terasa sangat marah terus aku stop play. Laungkan azan diiringi piano. Biadap sungguh. KDN harus ambil tindakan terhadap lelaki ni. Supaya jadi pengajaran kepada rakan sebangsa dengannya agar tidak sekali-kali berani persendakan Islam. Ada cadangan untuk lucutkan kewarganegaraan. Sila teruskan. Tak payah bagi muka sangat. Sakit hati betul bila teringat-ingat. 

Ok itu je aku nak tulis. Dunia hari ni, memang macam-macam.

KENAPA AKU BELI HANDPHONE BARU.

Ini bukan entry menunjuk-nunjuk. Ini sekadar pendapat aku sahaja. Takde kene mengena dengan sesiapa pun. Setelah sekian lama aku memendam hasrat.. Nak beli handphone baru. Kali terakhir aku beli handphone baru masa masih kerja kat kilang lama kot. Lepastu bila kahwin, encik suami beli handphone baru, then handphone dia pass kat aku. sampai la aku decide agree nak beli handphone baru aku sendiri baru-baru ni.

Iphone 6+. Ni handphone terbaru. Nangis tengok duit nak bayar. Habis-duit-bonus-campur-duit-claim-lhdn-aku. Tapi sekurang-kurangnya aku puas hati. 

Aku bukan la peminat Apple. Rasa aku pernah bagitahu dulu, terpengaruh dengan encik suami. Dia memang pengguna iphone tegar. Dari 4, sampai 5, kemudian 6+. Kecik, kecik, ke besar punya skrin.

Barang Apple pertama aku beli ialah Ipad mini. Tu-pun-habis-gaji-ke-13. Reason beli: untuk membolehkan aku online dimana-mana berbanding desktop. Oooh terabai desktop aku. Padahal dulu kau banyak jasa. Erk. Sampai sekarang ok. Terabai. Dengan ipad mini la aku buat update blog, shopping online. Internet banking bagai. Sebab aku da terbiasa dengan panel dia, skrin dia.. Aku jadi makin suka. 

Jadi aku senarai kan kriteria handphone yang aku cari:
1. Skrin kene besar. Macam Samsung punya range handphone semua skrin besar. I like. Tapi encik suami tak suka. Kebetulan Apple release Iphone 6 dengan Iphone 6+, jadi kitorang survey dulu.
2. Kalau bole aku nak display dia sama macam ipad mini. Jadi bila aku survey Iphone 6 dekat kedai, belek punya belek, Iphone 6+ seumpama ipad mini yang sudah dimini kan lagi. I really like. Paling penting, ia lagi ringan berbanding ipad mini. Itu sudah tentu lah kan. 

Setelah aku beli dan guna iphone 6+, satu advantage yang paling aku terasa ialah beg sofina3 aku semakin ringan. Haha Sebab sekarang aku bole online guna iphone 6+ je disebabkan skrinnya besar. Mudah nak baca blog. Berbanding kalau dulu, aku kene bawak ipad mini. Iphone 4 skrin kecik oiii, tak puas nak surf internet. Kadang-kadang bawak power bank. Haih. Beg bawa batu ke apa. Patah bahu aku.

Dengan adanya iphone 6+ ni, mula-mula ipad mini terabai la juga. Ye la, mudah nak online guna handphone. Eleh barang baru mesti la kene excited kan. Konon. Tapi kebiasaannya aku online juga guna ipad. Tak nak la buat dia terabai. Sobs sobs..Kau pun banyak jasa juga.

Masa aku beli iphone ni. Merata kedai Apple aku cari. Call sana sini. Akhirnya ada rezeki dekat "Machine". 

Apa yang aku nampak, zaman sekarang
ni, iphone bukan la handphone jenama mewah dah. Sebab ada juga budak-budak muda dari aku beli iphone 6 sama macam aku. Hah muda-muda da mampu. Aku ni kerja bertahun-tahun baru la terbuka hati nak beli. Bak kata akak senior aku : tak sampai hati nak bayar harga mahal-mahal. Tapi dek kerana minat, tutup sebelah mata saja lah. Ada satu chinese girl, beli iphone siap bayar cash dengan note rm100 ikat dengan getah! Kagum sungguh.

Apa pun terpulang la pada keinginan dan pendapat masing-masing. Cuma macam aku cakap, pakai iphone bukan lambang kemewahan. Ia sebab pengguna suka dengan Apple punya security dan ciri handphone yang ditawarkan. Aku adalah salah satu dari pengguna tu. Disebabkan itu juga, aku harap handphone kali ni aku boleh pakai sehingga 3-4 tahun lagi. Macam handphone aku yang sebelum-sebelum ni.

Sunday, April 19, 2015

ASTRO..TOLONG LA SIARKAN RANCANGAN YANG LEBIH BERMANFAAT.

Kali ni aku nak ulas sikit pasal rancangan tv.
Projek Komedi Warna (PKW) dengan Pelamin Fantasia (PF).

Aku takde la follow rancangan ni sampai habis, just tengok dalam setengah jam jer.
Lepas tu, malas nak tengok.
Klise, takde motif yang jelas, tak tahu apa relavan rancangan berbentuk macam ni.
Seriously, apa benefit untuk aku, aku pun tak sure.

PKW. Program lawak. Lawak ker? Aku tak rasa ada lawak yang buat aku ketawa berdekah-dekah.
Peserta ada yang dari program maharaja lawak, bintang mencari bintang la, entah apa lagi program.
Perlu ke rancangan lawak ni diperbanyakkan??
Tengok gaya peserta, biasa saja. Lawak pun biasa. Takde isi.
Juri pulak, beri komen seakan dibuat-buat.
Astro dah terlalu banyak program lawak. Sampai dah tak rasa apa keistimewaan program lawak.
Banyak sangat sampai aku muak. Orang lain, aku tak tahu la apa pendapat.

PF. Ini satu lagi program yang tak jelas motifnya. Cuma yang menarik perhatian aku: pemenang nya akan dapat tajaan perkahwinan dan majlis nya akan disiarkan di saluran astro maya HD.
So secara automatik, kat minda aku, ooo rupanya hanya mahukan tajaan dan glamor, sebab tu beriya-iya nak sertai program yang sebegini. Mungkin Astro akan kata..peserta yang dipilih bukan calang-calang. Mungkin ada proses atau temuduga dan sebagainya.

Dan lagi, aku sempat juga tengok apa aktiviti. Masak-masak, ada sesi jual-jual kat pasar ke, dan ada sesi soal jawab tentang pasangan. Sesi soal jawab ni, tak munasabah langsung pada aku. Mereka tu semua baru je bertunang. Seolah-olah mereka kene tau serba serbi tentang pasangan. Apa ni.. Baru tunang je kot..

Program realiti macam ni, impaknya membuatkan semua anak muda gila glamor. Mungkin ada pendapat yang kata kat aku "eleh, kau jeles sebab kau tak ada peluang nak sertai rancangan macam ni" 

Jawapan aku: sudah-sudah la tu. Anak muda, cepat la sedar diri. Realiti hidup tak mudah ok. Buat la sesuatu yang bermanfaat.

Seni tak salah, orang yang mencorakkan seni tu yang patut recall balik apa keperluan program sebegini.
Astro: tolong la hentikan program yang seumpama ni. Please la..

Saturday, April 18, 2015

PROJEK DI PETANG HARI.

Lama tak buat kek. Kek marble je kot. Tak kisah la kan. Hujan-hujan petang ni meh la kita membancuh adunan.


Kali ni pakai warna, takde original color. 


Ambil loyang, sapukan margerin pada semua permukaan. Kemudian masukkan adunan ikut sukahati. 


Kek siap untuk dibakar. 
Satu jam untuk masak.
Setengah jam untuk sejukkan sebelum potong.
Ok boleh buat minum petang. 
Bye.

Wednesday, April 8, 2015

AKTIVITI.

Ni aktiviti wajib mingguan- layan running man. Encik suami akan download siap-siap then tonton dekat tv. Antara sebab kenapa aku suka layan running man:

1. Kreatif dalam mencipta permainan.
2. Sikap teamwork masa bermain berkumpulan or berpasangan.
3. Taktik atau idea dorang nak menang sesuatu permainan.


Hari tu aku pergi makan dekat Bigfood JB. Saja nak cuba rasa, sebab ada kawan yang da cuba. Ada blogger yang review. Hari aku pergi ni, memang aku tak masak langsung. Lunch cekodok pisang je. Hahaha


Aku sempat snap Nasi Goreng Ketam je. Abaikan tangan encik suami. Menu lain aku order: 

1. Meatball (yang ni aku tak puas hati sebab sepinggan harga rm8, tapi hanya ada 4 ketul meatball saja. Lepas tu meatball dia tak moist. Kering)
2. Fries (yang ni plak encik suami kata overcook sebab keras. Aduh Fish Manhattan punya fries lagi ok rasanya)
3. Encik suami order Parmesan Chicken, katanya, tak meet expectation- ingatkan grading year end review je ada option meet expectation, exceed expectation, food judgement pun ada ok. So dia kata sos tak sedap, side dish tak sesuai. Hmm aku? NO KOMEN. 

Nasib baik la air apple yang aku order tu sedap rasanya. Mungkin betul kata encik suami. Menu kene bergambar. So customer bole bayang (atleast) rupa makanan yang dipesan. Ni setakat description.. Not enough..Sekali je pergi. Lepas ni tak pergi lagi dah.

Minggu ni dah dua kali aku sempat curi masa pergi kantin. Hahaha Semalam makan Pisang Goreng Cheese.


Ada je jual kat gerai-gerai tapi belum pernah aku beli. Tup tup kat kantin kilang ada jual. Makanan pun tak banyak pilihan. Ok marilah kita try. Rasanya?? Bole la. Tengah lapar, makan je la. Syok pulak makan petang-petang ni. Dapat lari dari tengok komputer sekejap. Oooh alangkah indahnya. Harap-harap takde la yang perasan kehilangan aku- ye ke tak de? hahahah Buat tak tahu. Ok?

Tadi sempat juga pekena apa nama tah. Gambar pun takde nak tunjuk. Macam jemput-jemput sayur gitu.

Ini entry pertama dalam bulan April. Susah betul nak cari mood menulis. Ni pun dipaksa-paksa. Blog pun macam suam suam kuku. No no no no. Big No. Aku sayang blog ni. Stop dulu. Sambung nanti.