Salam semua. Blog ni dah lama sepi. Tengok last posting tahun 2017! Aduhai. Tak pasti sekarang masih ada orang baca blog lagi atau tak. To be honest, aku sendiri jarang2 baca blog. Aku lebih senang dengar podcast (while multitasking house chores atau kerja2 opis. OMG sila maafkan saya. Kene pandai2 lah jangan sampai kerja opis terabai.) atau kalau ada masa aku melayan YouTube.
Disebabkan gap beberapa tahun tu, elok lah aku coretkan sikit apa punca kesepian blog ni.
Nombor 1: Aku tak sure apa password nak masuk blogger. Entah kenapa dalam notes hp aku bole ada multiple Google accounts. I guess that account created masa zaman aku rancak buat online business. Hari ni lepas aku buat trial and error, finally aku dapat access ke blogger. Jadi aku gunakan kesempatan ni untuk update sikit layout, buang segala info and ads yang dah takde kaitan dengan aku. Yang lepas biarkan berlalu.
Nombor 2: Sama macam yang aku highlight tadi, orang sekarang lebih suka tengok visual/video, tak kurang juga melayan podcast yang tumbuh macam cendawan. Jadi blog pun dah dilupakan. Tipu lah kalau kata aku tak rindu nak menulis, even sekadar entry vent out jer... Still aku masih rindu lah. Aku rasa, aku nak baca balik semua entry2 sebelum ni. Seolah2 baca diary. Harap takde adegan kesat mata nanti. Sediakan tissue. Sorok2.
Rasanya dua punca tu dah cukup strong and valid reason. Kalau aku senaraikan pasal mood, pasal masa, nanti macam aku menokok tambah pula kan. Benda2 macam ni kita bole control. Orang kata, nak seribu daya, tak nak seribu dalih. So yeah. That's it for now. Sampai jumpa di lain entry. (ini pun posting trial from my other phone. Kita testing dulu ya).
No comments:
Post a Comment