Sunday, June 4, 2017

SETTLE SUDAH HUTANG PTPTN.

Salam Ramadan.
Lama tak menulis. Sampai tak sedar da masuk bulan Jun. Bulan Ramadan lagi.
Tengok blog pun da macam suam-suam kuku.
Nak biar je, sayang.
Nak bukak blog baru, sayang juga.
Akhirnya aku pikir, ok terus je lah menulis selagi ada ingatan dan masa.
Tambah pulak, manakan nak lupa tempat aku mencurah perasaan (merepek bagai) dikala muda-mudi dulu. Serius, blog je la tempat aku merepek or melepaskan perasaan, haha lawak bila diingat-ingat. Orang tak ramai kawan, macam ni lah. Kuikuikui

Ok meh aku nak start cerita.
Manalah tahu kot-kot korang ada masalah sama.
Issue PTPTN.

Alkisahnya bulan Mac aku dapat email dari PTPTN, bagitahu aku ada tunggakan RM10k++.
Nak terkeluar biji mata aku (hati da mula sentap, dada pun da dup dap dup dap).
Siap mention nama aku boleh di senaraihitam dekat Imigresen kalau tak settlekan tunggakan.

Ok. Aku mengaku aku memang tak bayar PTPTN ikut jadual pembayaran yang ditetapkan masa mula-mula aku sign agreement dulu. Tapi aku konsisten bayar monthly. Walaupun ada beberapa kali aku tak bayar, once aku ada duit, memang aku bayar lumsum untuk cover beberapa bulan. Tapi akhirnya aku dapat juga notis ni.
Susah hati jugak, everytime aku pergi Singapore, memang berdoa la moga-moga takde masalah Imigresen. Ada satu kali tu, driver inform kat aku, sebelum datang amik aku dia stuck dekat opis Imigresen setengah jam, sebab penumpang yang dia bawak tu ada masalah VISA. Cuak sekejap aku, lepas tu aku terus tak pergi sebulan.

Tapi selama mana bole tahan kan, bos plak kadang bunyi-bunyi, kenapa tak pergi opis Singapore, hoi..sebal betul hati aku mendengarnya.
Aku bagitau encik suami, ok lah jom kita pergi PTPTN ni, tanya apa option yang ada.

Sampai PTPTN, as usual, hari Ahad, memang ramai orang, so beratur la menunggu giliran.
Bila turn aku, start la discuss dengan pegawai PTPTN.
Pegawai inform, kene settle tunggakan dulu baru boleh reschedule pembayaran.
Aku negotiate mintak kurang, dapat la RM6k atau RM4k, aku lupa.
So aku cakap aku nak bayar guna kad kredit.

Pegawai check, total hutang aku ada RM27k (ini termasuk tunggakan RM10k tu)
Jika aku betul-betul boleh settlekan tunggakan, dia akan tukar pinjaman aku dari konvensional ke ujrah dan reshedule pembayaran (which is aku tak berapa agree mulanya)
Banyak yang aku persoalkan, if convert ujrah, bape tempoh bayar, bape monthly nak bayar. Malas lah nak menanggung hutang tak habis-habis.

Then aku inform dia, KWSP akaun dua aku ada RM19k. Aku cuma perlu tunggu beberapa bulan lagi untuk cukupkan total amount untuk aku buat full settlement PTPTN.
Masa ni, pegawai tu cadangkan, since aku ada KWSP akaun dua, dan aku ada kad kredit, why not aku buat full settlement terus?

Anggaran kasar.
Dari RM27k, if buat full settlement dapat 15% diskaun, tinggal lah RM 23k.
Bayar pakai KWSP akaun dua RM19k, balance RM23k-RM19k, bersamaan RM4k, bayar guna kad kredit.
Ok aku setuju.
Jadi pegawai tu terus apply online untuk pengeluaran KWSP akaun dua bagi tujuan pembayaran PTPTN.
Perlu di ingat kat sini, korang mesti ada register nombor telepon dengan KWSP, macam TAC lah.
Since aku punya TAC tu da luput, terpaksa aku pergi opis KWSP nak register nombor telepon.
Lepas tu datang balik PTPTN untuk teruskan permohonan.
Dalam tempoh dua minggu KWSP akan semak dan inform jika permohonan kita diluluskan.
If lulus, kene datang KWSP, sahkan cop jari, lepas tu kene semak balik dengan PTPTN if KWSP da transfer duit.

Lepas confirm duit da masuk, kita datang PTPTN untuk settle balance bayaran.
Masa ni ada drama sikit.
Ikut perbincangan asal, aku kene bayar balance RM4k, which is aku da allocate duit bonus untuk tujuan ni.
Sekali sampai sana, pegawai (yang lain) inform aku ke bayar almost RM7k.
Weiiiii marah betul aku ok, sebab aku memang takde allocation budget sampai RM7k, If aku kene bayar, means aku terhutang kad kredit dalam RM3k!!

Negotiate macam mana pun, tetap lah aku kene bayar RM7k, sebab system memang record baki hutang aku RM7k, plus ini je la cara aku nak bebas hutang PTPTN, takkan aku nak hold lagi kan.
Aku agree saja lah nak bayar, tapi hilang mood satu hari sebab dok pikir celah mana pulak aku nak bayar kad kredit, baru je clearkan hutang sebelum ni, ha ha ha

p/s: tahun 2017 adalah tahun keinsafan, penggunaan kad kredit adalah dicatu. no money, no talk. begitu la kaedahnya

So sebelum balik, pegawai tu inform lepas sebulan nanti dia akan email surat pelepasan hutang PTPTN.
Tunggu lah aku sampai bulan May, check email hari-hari.
Finally dapat surat through email, menyatakan aku BEBAS HUTANG PTPTN.
Siap ada link suh check if aku ada terlebih bayar, nanti PTPTN akan bank in balik.
Bila aku check, ok TERLEBIH BAYAR RM2998.

Syukur sangat2. Dapat lah aku guna duit ni untuk bayar balik kad kredit.
Cepat juga PTPTN bertindak, lepas beberapa hari aku submit, aku dapat email, mention duit dah selamat transfer.

Haa begitu lah kisahnya.
Nasihat aku, sapa yang ada masalah PTPTN yang tak settle lagi, cuba la pergi tanya pegawai dan berbincang. huhuhu
Buat la apa saja janji, nama tak kene blacklist.
Ibu bapa zaman sekarang, memang patut menabung untuk anak-anak sedari kecik, so bila besar, tak payah nak meminjam PTPTN.

 Panjang pulak entry ni, lepas gian ke apa.
Ok sampai sini je dulu. Jumpa lagi next entry.

1 comment:

  1. Alhamdulillah, tahniah dah bebas dari hutang PTPTN. Yani aritu tahun 2015 kakak tolong bayarkan lumpsum RM13K+ sebab tgh dalam proses nak bertukar ke ujrah kakak kasi pinjam untuk langsaikan one off, jadi tak sempatlah merasa ujrah tu. Jadi sekarang duk membayar balik monthly pada kakak, dari tahun 2015 hingga pertengahan 2018, tak sabar nak habis bayar balik kat kakak.

    ReplyDelete