Tuesday, July 5, 2011

HAPPINESS IS EXPENSIVE?

Semua orang mahukan kebahagiaan, tak kira lelaki ke perempuan..Apa saja yang dilakukan dalam kehidupan, pengakhiran yang diharapkan adalah kebahagiaan..

Tapi tak semua orang sedar..Sangat susah nak mendefinisikan pengertian kebahagiaan yang sebenar2nya..Adakah dengan punya kerjaya yang bagus, harta yang melimpah ruah, pangkat dan kedudukan yang tinggi atau pasangan yang kacak or cantik bergaya dapat melambangkan kebahagiaan seseorang??

Setiap orang jalan hidupnya berlainan..itu adalah takdir Allah. Ada orang yang berusaha dengan gigih untuk capai apa yang diimpikan akhirnya berjaya dan bertemu kebahagiaan. Jalannya mudah. Ada juga jenis orang yang terpaksa bersusah payah, jalan penuh berliku2, tak termasuk jatuh bangun entah berapa kali, sampai masanya..dapat juga capai apa yang diimpikan seterusnya merasa kebahagiaan.

Harga sebuah kebahagiaan adalah sangat bermakna bagi orang yang mencapainya dengan jalan yang penuh liku. Contoh yang paling mudah: Isteri yang diabaikan suami,tak kira apa pengorbanan isteri buat, suami tak pandang sebelah mata pun (tak tahu la aku apa suami jenis ni fikir) then isteri buat keputusan, mintak cerai..Tapi si suami tak mahu lepaskan si isteri..Makanya bermulalah usaha isteri untuk menuntut cerai dari suami..Susah kan? Naik turun mahkamah, lepas tu kos guaman lagi…Sampai la akhirnya, hakim yang bijaksana jatuhkan hukuman, suami memang tidak bertanggungjawab kepada keluarga, maka jatuh la talak ke atas isteri..Tengok…isteri rasa bahagia sebab akhirnya keluar dari penderitaan yang memang amat2 menyusahkan dan menyesakkan tu..Hmm itu contoh saja, tak ada kene mengena dengan sesiapa pun..

Perkataan bahagia ni subjektif. Terpulang la pada individu tu nak merasa kebahagiaan macam mana. Atau apa yang membuat dia bahagia.. Yang penting rasa bahagia..Bila rasa bahagia, mood kita sehari2 pun happy sentiasa.. dan kita secara tak langsung menjadi lebih baik dari semalam..So banyak la berdoa agar kebahagiaan menjadi milik kita selamanya..

No comments:

Post a Comment