Sunday, July 24, 2011

RENEW LESEN IKUT TARIKH LAHIR

Lately ni ada issue pasal cadangan (aku xsure pihak sapa punya cadangan) suruh renew lesen memandu ikut tarikh lahir. Ini sebab banyak kes bila JPJ tahan and check, drive dengan lesen memandu tamat tempoh. Alasan yang diberikan bila ditanya kenapa tak renew lesen-terlupa tarikh..Hmm jadi bila dorang cadangkan renew ikut tarikh lahir, macam2 la yang dibuat supaya orang ramai agree. Contoh: orang yang tarikh lahir dia sebelum tarikh renew lesen cuma bayar separuh harga dari harga asal untuk renew.

Tapi kalau nak diikutkan memang ada sesetengah orang yang betul2 terlupa tarikh nak renew lesen memandu..Termasuk la aku..ha ha tahun ni aku pergi renew lesen memandu terlewat satu hari..Aku terlupa tarikh lesen memandu aku mati bila..Sebulan sebelum tu memang ada ingat2..Tapi bila sampai tarikh..Hmm dah sampai ofis baru aku teringat yang rupanya lesen memandu aku tamat tempoh.

Jadi bila timbul isu ni, aku rasa terpanggil nak tulis pendapat..Ha ha Ada banyak pro dan kons kalao kita apply tarikh renew lesen sama dengan tarikh lahir..Antara nya semestinya bukan semua orang ingat tarikh lahir..Pelikk kan ada juga orang yang kurang amik perhatian hal2 macam ni..Macam orang2 tua kadang2 dorang ni lupa..So tak boleh juga nak renew lesen ikut tarikh lahir..Alangkan tarih yang kat lesen tu pun lupa, tarikh lahir pun boleh lupa juga..

Dan lagi kadang2 bagi orang yang kerjanya terlalu busy dan tak tentu masa or orang yang sangat fokus kerja…Haa dorang pun kadang2 lupa gak..isk2..Jadinya susah nak ubat penyakit lupa ni..He he

Cadangan renew ikut tarikh lahir ni dapat banyak maklumbalas dari pelbagai pihak..So pada aku, sebenarnya banyak cara kita boleh apply untuk elak kita lupa dari segala macam tarikh ni..Antaranya cuba praktikkan pakai planner..Haa tulis la segala macam tarikh ke apa2 nombor ke..supaya senang ingat.

Dan lagi aku rasa penting untuk ahli keluarga or sesiapa yang rapat dengan kita tau benda2 macam ni..Secara tak langsung dia boleh jadi kita punya reminder..Ha ha Atau pun kita tulis apa perkara penting yang kita akan buat dekat kelender..bila tengok hari2 kita pun jadi lebih aware la tentang ni..

Ok itu jer pendapat aku.Sekian

No comments:

Post a Comment