Tuesday, August 5, 2014

SUAMI BUKAN HAK KITA.

Aku dapat post ni dari group whatsApp. Tak pasti la betul ke tak. Aku upload takde nak padam nama ke apa ke. Satu pun tak. Ni sebijik dengan apa yang aku dapat. Tapi jangan la pulak lepas ni pergi search nama orang ni kat facebook sana. Tak ada masa ok, dan jangan buang masa. Tertarik dengan apa yang ditulis, meh la aku mengulas sikit. 

Oooh perlu diberitahu ni adalah pendapat aku saja. Berdasarkan interpretasi aku kepada apa yang aku baca, apa yang aku dengar dan apa yang aku lihat. Ni pendapat aku semata2. Personal opinion. Jangan nak macam2 kat sini. Ha ha ha.


Memang benar, suami bukan hak milik kita sepenuhnya. Suami hak milik Allah- sebagai hamba-Nya. Interaksi suami dengan orang sekeliling juga menunjukkan dia bukan hak kita sorang. So bertoleransi la. Nama pun hidup bermasyarakat, dan ada tujuan tertentu. 

Yang jadi tak sedapnya tu bila ayat seterusnya: 

KALAU ADA ORANG LAIN NAK BERLAKIKAN SUAMI KITA, BAGI JER LA. BUKAN LUAK PUN.

Statement ni jangan buat main2. Ada lelaki yang kurang sikit akal tapi banyak sangat nafsu, memang suka putar belit ayat2 macam ni. Bila cakap perkataan poligami, memang semua perempuan mata besar. Terketap2 bibir. Hmm..

Dalam islam, poligami dibolehkan. Tapi disertai dengan syarat2 tertentu. Sebagai contoh: Mampu, adil, dan juga kene ada strong reason mengapa nak buka cawangan baru. Bukan suka2. Sebab perkahwinan mestilah disertai dengan tanggungjawab. Ok ni semua orang faham. Aku pun tak nak la jadi ustazah segera kat sini. 

Orang yang nak bersuamikan laki orang juga kene paham. Hak dia, kat mana kedudukan dia. Jangan la nak melebih2. Banyak kes yang jadi hari ni, lelaki bila da beristeri baru, lupa tanggungjawab. Lupa isteri pertama. Anak dibiarkan sengsara. Tak bagi nafkah padahal itu tanggungjawab. Senang kata tak faham langsung erti tanggungjawab.Sebab tu orang perempuan kurang suka bab2 berkongsi ni. Nanti ada je yang tak kena. 
Sebab satu perkataan- tanggungjawab. 

Aku rasa kalau lelaki mampu, bertanggungjawab dan adil, poligami tak akan jadi nightmare pada seorang isteri. Tapi hari ni banyak yang sebaliknya berlaku. Banyak sangat contoh.  Nak kupas kat sini sampai esok pun tak habis.

Jadi bab2 sensitif macam ni.. jangan lah nak di jadikan isu. Untuk lelaki yang ada memasang niat. Sila cermin diri dulu. Ada sebab kenapa isteri meroyan mati-mati tak bagi suami kahwin lain. Sebab dia isteri, duduk serumah tidur sekatil dengan anda. Dia tahu siapa diri anda in and out.  Untuk perempuan yang berhajat nak bersuamikan laki orang. Sila bersedia. Bersedia mental dan fizikal. Dan tolong sedar diri anda. Jangan nak mencabar kedudukan isteri pertama. Kalau anda berniat jahat, tak mustahil satu hari nanti kejahatan akan berpaling kepada anda. Ok sekian.

14 comments:

  1. dia nk jd bini muda bolh lah ckp gini..

    ReplyDelete
  2. setuju ngan nani...mmg suami hak mutlak Allah, sbb kita hamba Nya, tapi nak redha utk suami kawin lain, bukan sesuatu yg mudah. Apa pulak tak luaknya? Memang ada yg luak... mana mungkin akan sama suami beristeri satu dgn beristeri ramai...paling tidak, hari bersama suami sudah berkurangan... kan luak tu... huuhuuu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah memang luak, luak dari segala segi..tambah lagi zaman sekarang ni sangat la susah nak jumpa lelaki yang betul2 adil dan mampu.

      Delete
  3. Assalamualaikum..
    Saya bukan buat statement camtu sbb nak amek laki org..saya masih bersuami.
    Tu tajuk topik utk 1 group.
    Jgn salah faham...saya buat post tu utk ajak kawan2 lain berbincang dan beri pandangan masing2.
    Apa2 pun terima kasih atas perkongsian pandangan nani. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya. Saya sokong syikin jamal dan nur cahaya mataku.
      Puan petak bunga..syikin jamal ni memang isteri orang..bukan nak jadi bini muda pun..

      ;)
      Siti-penang

      Delete
    2. memang la awak tu x niatambik suami org sekarang ni. tp dah ambik pun.. n laki awal tu dah kawen sebelum ni. so awak tu dah kawin laki org pun.tp isteri pertama dah diceraian. so dah bersedia ke awak dimadukan syikin jamal? tanya je...

      Delete
    3. klau xfhm bab ilmu mcmni la jdinya.syabas syikin jamal.stidk2 nya anda punya ilmu.
      sdh dinyatakn selurh kerajaan langit & bumi itu milik allah,apa lgi yg kita nk pertikaikn....

      Delete
    4. Oo ptutla buat statement mcm ni.amik laki org rupanya..hrp2 awk xda ank pompuan la ye

      Delete
    5. kebanyakan isteri2 di malaysia ni meroyan wlupun suami itu mampu..itu masalah nya..menghina isteri yang kedua kononnya perampas, sedangkan dia tidak merampas..dia jadi no 2..jika suami sudah kawin 4 & nak tmbah satu lagi dan terpaksa ceraikan salah sorang..haaa yg itu baru perampas

      Delete
  4. Saya lama dah mengikuti pasal post kak long syikin ni.. dr mula lagi..

    Betul apa dia cakap. Suami bukan hak kita. Hak Allah. Allah bagi pinjam. Andai kata Dia nak amik balik, dengan apa cara sekali pun akan dia amik balik.

    Dari satu sudut, betul, x ada perempuan yang mahu di madukan. Atas 1001 alasan. Tapi part tak luak tu saya pun setuju. Sebab pada saya, kita sudah dapat suami kita dulu.. in and out.. kita sdr sebagai isteri dah tentu buat yang terbaik pada suami. tapi, suami masih mahu buka cawangan lain tanpa amik kira pengorbanan isteri pertama dan kemampuan diri sendiri. dah gelenyor sangat, sekat buat apa. x luak pun di bahagian kita. sbb bukan kita yang menanggung dia.

    Tapi, ini bukan bermakna somi2 bebas pasang cawangan, dan perempuan2 boleh freely terjah laki org..

    Pandangan saya je..

    www.suplemenmakdara.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Hanni..
      Yer lah...perkataan 'tak luak' tu buat ramai tersentap. Sorryyyyy ...ampunnn... :)

      Delete
  5. Assalam..kata kata Tak Luak Pun itu amat sensitif.. Luak juga dr bermcm segi sebenarnya.. Tetapi kita balik smula pada yg asal Suami Tetap Milik Allah perancangan Allah itu Maha Hebat.. Kita Hawa kena tabah dan Akhirat itu benar-salam sayang

    ReplyDelete
  6. Suami bukan hak mutlak isteri tapi isteri hak mutlak suami.

    ReplyDelete