Friday, December 26, 2014

TAK SEMUA ORANG BERFIKIR MACAM KITA.

Ada dua cerita nak beritahu. Tapi sebelum tu, nak la aku katakan, aku ni hanya manusia biasa, penuh dengan kesilapan dan tak sempurna. Itu sudah semestinya. Jadi apa yang aku nak ceritakan ni, silalah diambil sebagai iktibar dan pengajaran. Agar kita sebagai orang yang terbuka mata dan minda, tak melakukan kesilapan macam ni..

Eeewaaahh, mukadimah bagai apa. Ini cerita pertama.
Semalam aku sempat ke Plaza Angsana, motif utama, nak beli dakwat pen pilot G2 tu, dah lama sangat body pen terletak dalam laci opis, dengan dakwat habis. Sekarang ada karnival kraf2014 dekat Plaza Angsana. Aku perasan satu benda, setiapkali ada apa-apa karnival yang dibuat dekat padang parking angsana, mesti kawasan parking yang baru dibukak tu sesak. Dan paling menyedihkan, pengunjung takda guideline macam mana nak parking. Layout parking pun semua orang main agak-agak saja. Ok rasa menyesal sebab semalam tak ambil gambar, tetiba tak nak la poyo sangat kan sikit-sikit tangkap gambar, tapi kalau ada gambar memang boleh jadi bukti. Betapa teruknya perangai sesetengah orang ni.

Rasa semua orang pun faham, kawasan parking ni pun sementara saja dibuka sebab the real parking lot dah habis digunakan untuk khemah karnival. Jadi laluan keluar masuk ada satu saja lah. Semalam habis je beli apa yang patut, sampai ke kat kereta, nampak laluan keluar dah dihalang oleh satu kereta singapore. Ohoi... tolong ye orang singapore, haih, nak cakap banyak pun memang buat sakit hati saja. Kang ada pulak yang label aku ni macam- macam. Kitorang siap kene pusing jauh, untuk keluar dari kawasan parking, hati memang sebal ok. Tambah pulak bila tengok kereta style parking syok-sendiri-ada-aku-kisah. Ops tak nak la berat sebelah, kereta plat malaysia pun sama saja perangai. Memang menyusahkan. Itu sebab aku rasa macam malas je nak redah masuk Plaza Angsana bila waktu sesak macam tu. Memang bunuh mood.

Nasihat aku: kalau pergi tempat-tempat yang memerlukan kita parking sepah-sepah macam ni, fikir dulu sebelum buat decision, jangan parking kereta sampai menyusahkan orang.

Sekarang cerita kedua.
Disebabkan aku hari-hari pergi kerja balik kerja lalu highway, jadi memang tak boleh nak elak-lalu pondok tol. Aku memang sebal tengok kereta yang tiba-tiba lalu touch n go-baki-kad-tidak-mencukupi. Hoii setiapkali kau touch kad tu tolong tengok berapa baki yang tinggal boleh tak??
Aku siap kene reverse kereta untuk masuk laluan lain. Bukan ke menyusahkan?

Nasihat aku: tolong la, kita kene la aware dengan apa yang kita buat. Sentiasa check, baki kad touch n go. Jangan la menyusahkan pengguna lain. Setiapkali touch, ambil sikit masa untuk pandang skrin yang disediakan tu, tengok berapa baki. 

Manusia ni macam-macam ragam, fikiran pun lain-lain.
Jika tak nak hidup kita disusahkan, jangan la menyusahkan orang lain. Sekian. Terima Kasih.

5 comments:

  1. Hai Nani,

    1) Uni dah lame giler tak gi Plaza Angsana atas faktor jauh dari rumah. hehe.. bil pergi sana lagi2 time ade karnival mcm ni, memang rasa tobat sgt2. pelbagai ragam kereta "jiran sebelah" buat rasa biarlah daku mengundur diri. tak terlawan dengan kereta2 diorg yg super canggih klu bab parking tu.

    2) yg bab touch n go tu, memang tak patutlah kan. memang menyusahkan kereta belakang terpaksa undur masuk laluan lain. uni setuju dgn nani, lepas touch tu, sila cek baki kad sebelum go.

    Sabar ye.

    ReplyDelete
  2. ni kalau raxin baca die cakap... aunty... as sobru minal iman...

    ReplyDelete
  3. bila dah sesak sesak mcm tu mmg mcm mcm perangai org boleh kita jumpa.

    ReplyDelete
  4. Part Angsana tu memang tak boleh disangkal lah. Serious dari dulu begitu.
    Yang kalau di tol tu, jangan kata Touch & Go. Yang SmartTag pun kadangkala tak berapa nak smart T__T

    ReplyDelete
  5. nani, sama la mcm akak... kalo org masuk T&G or smart tag x cukup baki, mmg marah betui... tapi kadang tu kat lorong smart tag, smart tag reader yg x ok... (ahahah...sebab dah 2 kali kena)... so kalo kat lorong smart tag bleh baik sangka lagi la...heheheh...

    ReplyDelete