Wednesday, April 8, 2015

AKTIVITI.

Ni aktiviti wajib mingguan- layan running man. Encik suami akan download siap-siap then tonton dekat tv. Antara sebab kenapa aku suka layan running man:

1. Kreatif dalam mencipta permainan.
2. Sikap teamwork masa bermain berkumpulan or berpasangan.
3. Taktik atau idea dorang nak menang sesuatu permainan.


Hari tu aku pergi makan dekat Bigfood JB. Saja nak cuba rasa, sebab ada kawan yang da cuba. Ada blogger yang review. Hari aku pergi ni, memang aku tak masak langsung. Lunch cekodok pisang je. Hahaha


Aku sempat snap Nasi Goreng Ketam je. Abaikan tangan encik suami. Menu lain aku order: 

1. Meatball (yang ni aku tak puas hati sebab sepinggan harga rm8, tapi hanya ada 4 ketul meatball saja. Lepas tu meatball dia tak moist. Kering)
2. Fries (yang ni plak encik suami kata overcook sebab keras. Aduh Fish Manhattan punya fries lagi ok rasanya)
3. Encik suami order Parmesan Chicken, katanya, tak meet expectation- ingatkan grading year end review je ada option meet expectation, exceed expectation, food judgement pun ada ok. So dia kata sos tak sedap, side dish tak sesuai. Hmm aku? NO KOMEN. 

Nasib baik la air apple yang aku order tu sedap rasanya. Mungkin betul kata encik suami. Menu kene bergambar. So customer bole bayang (atleast) rupa makanan yang dipesan. Ni setakat description.. Not enough..Sekali je pergi. Lepas ni tak pergi lagi dah.

Minggu ni dah dua kali aku sempat curi masa pergi kantin. Hahaha Semalam makan Pisang Goreng Cheese.


Ada je jual kat gerai-gerai tapi belum pernah aku beli. Tup tup kat kantin kilang ada jual. Makanan pun tak banyak pilihan. Ok marilah kita try. Rasanya?? Bole la. Tengah lapar, makan je la. Syok pulak makan petang-petang ni. Dapat lari dari tengok komputer sekejap. Oooh alangkah indahnya. Harap-harap takde la yang perasan kehilangan aku- ye ke tak de? hahahah Buat tak tahu. Ok?

Tadi sempat juga pekena apa nama tah. Gambar pun takde nak tunjuk. Macam jemput-jemput sayur gitu.

Ini entry pertama dalam bulan April. Susah betul nak cari mood menulis. Ni pun dipaksa-paksa. Blog pun macam suam suam kuku. No no no no. Big No. Aku sayang blog ni. Stop dulu. Sambung nanti.

2 comments:

  1. pernah tgk sekali sekala citer running man tu.... tak faham jln citer nye :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba lah tengok lagi sekali. If da paham, mesti nak follow setiap episodnya.

      Delete