Sunday, April 19, 2015

ASTRO..TOLONG LA SIARKAN RANCANGAN YANG LEBIH BERMANFAAT.

Kali ni aku nak ulas sikit pasal rancangan tv.
Projek Komedi Warna (PKW) dengan Pelamin Fantasia (PF).

Aku takde la follow rancangan ni sampai habis, just tengok dalam setengah jam jer.
Lepas tu, malas nak tengok.
Klise, takde motif yang jelas, tak tahu apa relavan rancangan berbentuk macam ni.
Seriously, apa benefit untuk aku, aku pun tak sure.

PKW. Program lawak. Lawak ker? Aku tak rasa ada lawak yang buat aku ketawa berdekah-dekah.
Peserta ada yang dari program maharaja lawak, bintang mencari bintang la, entah apa lagi program.
Perlu ke rancangan lawak ni diperbanyakkan??
Tengok gaya peserta, biasa saja. Lawak pun biasa. Takde isi.
Juri pulak, beri komen seakan dibuat-buat.
Astro dah terlalu banyak program lawak. Sampai dah tak rasa apa keistimewaan program lawak.
Banyak sangat sampai aku muak. Orang lain, aku tak tahu la apa pendapat.

PF. Ini satu lagi program yang tak jelas motifnya. Cuma yang menarik perhatian aku: pemenang nya akan dapat tajaan perkahwinan dan majlis nya akan disiarkan di saluran astro maya HD.
So secara automatik, kat minda aku, ooo rupanya hanya mahukan tajaan dan glamor, sebab tu beriya-iya nak sertai program yang sebegini. Mungkin Astro akan kata..peserta yang dipilih bukan calang-calang. Mungkin ada proses atau temuduga dan sebagainya.

Dan lagi, aku sempat juga tengok apa aktiviti. Masak-masak, ada sesi jual-jual kat pasar ke, dan ada sesi soal jawab tentang pasangan. Sesi soal jawab ni, tak munasabah langsung pada aku. Mereka tu semua baru je bertunang. Seolah-olah mereka kene tau serba serbi tentang pasangan. Apa ni.. Baru tunang je kot..

Program realiti macam ni, impaknya membuatkan semua anak muda gila glamor. Mungkin ada pendapat yang kata kat aku "eleh, kau jeles sebab kau tak ada peluang nak sertai rancangan macam ni" 

Jawapan aku: sudah-sudah la tu. Anak muda, cepat la sedar diri. Realiti hidup tak mudah ok. Buat la sesuatu yang bermanfaat.

Seni tak salah, orang yang mencorakkan seni tu yang patut recall balik apa keperluan program sebegini.
Astro: tolong la hentikan program yang seumpama ni. Please la..

1 comment:

  1. tu yg malas nk tgk siaran penerbit malaysia. sakit hati kadang tu tengok...

    ReplyDelete