Wednesday, April 22, 2015

VIDEO VIRAL.

Ada dua kes video viral kat internet yang aku perasan dan aku nak ulas.

1. Kes bayi yang menangis-nangis kene pukul dengan ibu dia.
Berdasarkan berita TV1 yang aku dengar, katanya si ibu berusia 17 tahun mengalami tekanan perasaan disebabkan suaminya telah lafazkan talak. Sebab tu dia seolah-olah lepaskan tekanan dekat anak dia yang berusia 5 bulan tu. Sebagai seorang ibu, tergamak ke kau nak pukul bayi yang masih kecil?? 17 tahun dah ada anak satu. Aku fikir budak ni kahwin muda. Ini lah salah satu sebab aku kurang galakkan kahwin muda. Pemikiran belum matang. Walaupun tak semua, tapi kebanyakan orang muda belum boleh berfikir dengan matang. Ikut emosi. Kalau tak silap, ibu muda tu dibantu dengan diberi kaunseling oleh jabatan yang berkaitan. Aku sangat berharap perkara macam ni takkan berulang lagi. Habiskan lah umur muda di tempat yang sepatutnya. If ada peluang, muda-muda cari ilmu, tambah pengalaman. If takde peluang, cuba untuk perbaiki dan hadirkan peluang. Jangan mudah mengalah. 

2. Kes azan yang dinyanyikan oleh Cina. Aku geram je tengok dengan perangai mamat tuh. Ini bukan kali pertama dia persendakan Islam. Dah banyak kali. Aku tengok sikit je video tu. Terasa sangat marah terus aku stop play. Laungkan azan diiringi piano. Biadap sungguh. KDN harus ambil tindakan terhadap lelaki ni. Supaya jadi pengajaran kepada rakan sebangsa dengannya agar tidak sekali-kali berani persendakan Islam. Ada cadangan untuk lucutkan kewarganegaraan. Sila teruskan. Tak payah bagi muka sangat. Sakit hati betul bila teringat-ingat. 

Ok itu je aku nak tulis. Dunia hari ni, memang macam-macam.

2 comments:

  1. x dpt lg video yg mak muda pkol anak tu...tapi kesiannya la anak tu kan... family budak tu pi mana? x support ke mak muda ni? institusi keluarga kita cukup rapuh... masalah sosial jadi sbb anak2 kurang kasih sayang...

    x nk komen pasal yg satu lg tu, sakit ati ni tgk video tu...

    ReplyDelete
  2. Video yang ke-2 tu ada tertengok sikit, banyak forward ke minit2 seterusnya sebab tak sanggup dengar. Setuju dilucutkan kewarganegaraan. Tak payah banyak sangat prosedur. Tak diperlukan di Malaysia, even atas muka bumi sekalipun.

    Video yang pertama tu, hurm..belum pernah tengok, maybe tak sanggup juga nak tengok. Anak sendiri dipukul....bakmeh kat Yani. Biar Yani bela. Apa cerita disebalik kes dera tu Yani tak nak tahu.

    ReplyDelete