Wednesday, July 29, 2015

DUNIA..MACAM-MACAM

Lama betul tak merapu dalam blog ni.
Okey hari ni tergerak nak tulis.
Sebab banyak benda berlaku hari ni.

Tension dengan sikap pengguna jalan raya dan lebuh raya.
Yang suka langgar lampu merah, time turn kita hijau, seboleh boleh mereka nak jalan juga.
Walhal lori pulak tuh. Motor pun sama!!
Biadap sungguh rasanya.
Tak sayang nyawa.
Aku dah hon pun, buat tak tahu jer, tak rasa bersalah.
Tak pe, dia belum kene.
Bukan mendoakan.
Tapi memang dah macam tu sifatnya. 
Dah terhantuk baru terngadah.
Betul kot pepatah tu..

Pengguna tol. Geram sangat.
Aku da bebel banyak kali kot kat blog.
Luahan perasaan.
Setiapkali touch kad, MATA tu sila lah tengok skrin.
TENGOK berapa baki.
Setiapkali aku jumpa pemandu yang touch touch tapi tak lepas.
On hazard signal, nak reverse kereta.
Aku rasa nak turun dan ketuk kepala dia boleh tak??
TOUCH N GO maksud betul betul TOUCH N GO la. 
Bukan TOUCH-TAK-LEPAS.
Sebal betul.

Ok kita bukak cerita lain.
Semalam kot, atau kelmarin.
Ada keluar dekat berita.
Kejadian dekat China. Ibu ditelan escalator.
Menyayat hati aku rasa.
Syukur anaknya tak terjerlus sama.
Buat aku rasa seriau je nak lalu dekat escalator.
Masa tengok tu, aku ingat si ibu tersepit separuh badan jer.
Sekali tengok jatuh hilang terus.
Orang yang berada dekat-dekat situ pun tergamam.
Tak tahu nak buat macam mana.
Harap la kejadian ni tak jadi dekat Malaysia.

Okey syawal da nak masuk dua minggu.
Selamat hari raya. Baru nak ucap.
Maaf zahir batin. 
Kepada sesiapa yang baca blog aku (yang tak seberapa ni).
Kepada sesiapa yang sakit hati terasa bila baca tulisan aku ker..
Mohon maaf. 
Kadang-kadang kita khilaf. Tulis ikut emosi..

Meh belanja satu gambar raya.


Tema warna tahun ni. Coklat.
Aku baju je ala-ala coklat, pakai shawl grey. Sukahati jer kan.
Gambar aku sorang saja eh. Encik suami? Tak payah la. Tak selesa pulak dia nanti. Tapi kalo agak-agak nak tengok gambar encik suami, silakan cari balik entry lama. Hihihi

Raya tahun ni amat lah bermakna sebab satu-satunya sahabat baik aku, sempat singgah rumah. Thanks Ikin.
Silakan siapkan kebun ko yer.. Nanti aku nak balas kunjungan ke Perak pulak. Satu hari nanti. Insya Allah.


Okey, sambung balik. Da bape kali entry ni jadi draft.
Aku tulis hari rabu malam khamis.
Hari ni (pagi khamis) aku continue dan publish.
Tak sure entry ni duduk hari apa.

Dah la. Macam dah bebel banyak sangat.
Stop dulu. Sambung nanti.
Target nak keluar rumah awal nanti masa pergi kerja.
Harap tercapai la niat. Sebab aku kadang-kadang.
Hangat-hangat tahi ayam jer.
Bye. Da da...

2 comments:

  1. mmg bengang kalo yg x cukup baki tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sangat kak nina. sakit hati terasa lagi sampai skang 😄

      Delete