Sunday, July 12, 2015

MENU RAYA 2015

Kalau nak difikirkan, bingung betul apa menu nak masak masa raya nanti. Memang da tak boleh fokus ke raya la. 
Oooh begitu banyak to-do-list nak kene buat.

Rumah belum dikemas, dalam dan luar. Pengsan.
Baju raya encik suami belum dibasuh.
Pengsan.
Kuih raya baru ada dua jenis. Kerepek tak beli lagi. Balang kuih tak check lagi.
Pengsan. 
Semua pun nak pengsan la. 
Sepatutnya aku cuti start hari rabu.
Now aku terpaksa consider balik semata-mata nak release production BOM CR!!! Urgent. Geram. Sila cepat update resume. Motif sangat.

Balik pada menu. Rasanya ayam masak merah mesti ada. Lepas tu belek-belek notes dekat handphone, nampak resepi nasi minyak yang paling mudah. Aku copy dari blog mana tah. Lupa. Ok rasa macam nak buat juga nasi minyak ni. Harap menjadi la kan. Tak cuba tak tahu.

Next menu rasa macam nak masak rendang daging juga. Ini belum tentu lagi. Sebab nak kene check bape lama masa nak masak. Biasanya aku akan masak pagi-pagi raya. Lepas subuh, terus start keje.
Hmmm. Bila nak rehat ni.. Pemalas sangat kan.

Menu rancang juga, barang tak beli lagi. Mak aku da highlight suh beli awal-awal. Jiwa tengah kacau, memang susah la nak draft kan, nampak gaya kene whatsapp adik aku suh dia prepare siap-siap kat pasar, lepas tu aku tinggal datang ambil jer. Boleh la kot. So esok kene finalise menu siap-siap.

Ok menu berbuka hari ni, nasi goreng dengan drummet ayamas kot. 
Nasi da siap masak ni, mata da berat sket, ha ha tidur sekejap la. Daa

p/s: Moga-moga dapat mimpi apa menu raya tahun ni..

4 comments:

  1. Disebabkan raya kali ni giliran di rumah mertua, menu utama ikut pilihan mertua la. Aritu masa berbuka kat Seremban, mertua ada sebut tahun ni nak masak nasi beriani. Lemang, rendang ada buat tapi bukan main menu la...

    Balik semula ke Melaka raya ke-3 / ke-4, mungkin ada masak sikit dengan adik beradik. Kak Long ada bagi idea, kalau nak senang, makan ramai2 kat luar je, penat nak masak dan nak jimat masa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow Yani. Bab makan luar tu yang syok di dengar. hehehhe

      Delete
  2. nani in charge menu raya? this year raya umah MIL, ikut menu MIL ja la... rendang etc...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan incharge menu kak, rumah mak dengan mertua saya dekat dekat. jadi 1st raya masa datang rumah dorang, bawak la sikit juadah. Gitu. hehe

      Delete