Wednesday, July 20, 2016

DATANG AWAL.

Lama tak update blog.
Lepas cuti raya seminggu ni, konon berazam. Ini konon-konon ya. Entah istiqamah ke tak. 
Berazam nak datang kerja awal.
So kene adjust timing sikit. 
Mana-mana rutin yang aku boleh shorten, aku shorten. Gitu.
Baru hari ketiga weii hahahah. Serius, tak tau sampai bila bertahan. Harap lama lah.

Normally lepas encik suami pergi keje dalam 650-700 pagi.
Aku akan lepak-lepak sambil surf internet. Leka la surf sampai pukul 730 pagi. Hoi dunia tanpa sempadan sekarang. Apa pun kat hujung jadi. Tinggal rajin tak rajin je la nak cari dan baca. Kene baca okey. Setiap maklumat dekat internet bukan tepat sangat. So kerajinan membaca dan mentafsir serta menilai kebenaran amatlah diperlukan dekat sini. Jangan nak jadi keyboard warriors sangat lah.

Then bila tersedar jam dah 730, mula lah kelam kabut. Ooh nak mandi dan bersiap bagai. Iron tudung dan baju jugak. Selalu end up dekat pukul 810 la macam tuh. Dahsyat kan. Kang lepas turun bawah, nak minum air lagi la, makan roti lagi la, Tu yang jadi keluar rumah pukul 830, 840 hah begitu. Sampai parking kilang dah pukul 900 pagi. Ko nak jalan terkedek-kedek lagi. 910 gak duduk kat meja. Bos jeling okeeyy. Sebal jekk. Hahahah.

So now aku shorten time surf internet. Sampai pukul 715 jekk paling lambat. Then aku start siap- sama ada mandi dulu atau iron tudung. Pukul 800 mesti dah turun bawah. Sempat la minum air, makan roti dalam 10 minit macam tu. 815 or 820 mesti dah keluar.

Dah 3 hari aku apply rutin ni, aku masuk parking kilang dalam 845 or 850. Jalan kedek-kedek, sebelom pukul 900 da duduk dekat meja. Haa macam tu.
Sekali lagi. Kene istiqamah.

Sesungguhnya aku berharap benda ni berkekalan lah. Sama-sama lah kita doakan. Daaaa...

No comments:

Post a Comment