Sunday, January 8, 2017

AKU KEMBALI.

Lama betul aku tak update blog.
Ada masa sikit nih, meh la kita coret sesuatu.
Last entry, tahun lepas entah bulan berapa kan. Hoi betapa lama dah. Lupa semua.

Jadi tahun ni meh la kira merajinkan diri tulis sesuatu. Azam 2017. Mudah-mudahan betul2 rajin lah.

Oh nak bagitahu juga. Antara sebab aku jarang update blog, applikasi blogger ni tak boleh access guna phone lah. Pelik juga, bila update apps, still tak bole. Kalau boleh pun, bahasa dia, tak bole detect bahasa melayu. Tulis2 asyik la error je. Terus putus asa. Lupakan blog sekejap.
Sebab lain: ada instagram. Lagi senang upload picture, bubuh la caption sikit.

Orang kata zaman berubah. Tapi aku yakin, blog still relevan lagi. Sebab keyword yang orang search dekat google still link dekat blog2.

Tu sebab la akhir tahun lepas, aku banyak terima call bertanya pasal servis cuci rumah. Seriously sampai letih aku nak menjawab. Aku takde buat servis cuci rumah, dorang ni semua tak baca habis entry blog aku, nampak nombor telefon je terus manjang call. Betullah orang malaysia malas membaca. Eh tapi bukan orang malaysia je la, ada sorang caller tanya if aku nak pakai orang untuk cuci rumah. Dia mau kerja katanya (orang indonesia) fuh.. tepuk dahi sekejap. Tolong tolong. I pening lah macam ni.

By the way apa azam baru uollss...
Azam baru aku banyak. Dah siap2 tulis dalam planner. Beli planner mahal konon nak memotivasikan diri untuk rajin tulis apa azam baru. Oh tahun ni jugak kene buat banyak action untuk memotivasikan diri sendiri, dan jugak menggembirakan diri sendiri. Sapa lagi nak buat melainkan diri sendiri kene usaha, ye tak?

So hari2 mesti kene spend atleast 5-10 minit tengok planner, muhasabah diri.
Dulu beli planner duck, tulis sekerat2 je, lama2 mereput planner tu kat sudut meja.
Now pakai paperdorable, huh lagi mahal dari duck, jadi it's a MUST. Atleast tulis sesuatu.
Nak berangan apa pun bole dalam tuh, ha ha ha

Tahun ni tahun berjimat jugak, as usual. Cakap je nak berjimat.
Nanti kang ada je gatal tangan beli itu la ini la.
Ni baru awal bulan January ni, tak tahu la kot2 ada barang sampai minggu depan ke.
Tapi hati aku kuat cakap : JIMAT.
Jadi apa yang aku buat skang ialah:

1. Jangan kerap tengok Instagram jual2 barang. Bag ke,baju ke, cosmetic ke, he he.I jual seqybeauty, tapi kadang hati menggelitis juga nak try brand lain, Tak salah kan. So IG biz tengok dua hari sekali ke, empat hari sekali ke. Kalau tertengok dan terdetik hati nak beli, sila tampar muka sendiri lepas tu tanya, ni keperluan ke atau kehendak. If kehendak, bole blah ha ha ha. Bajet kuat..

2. Jangan letak banyak duit dalam akaun Maybank. Ko tau la kan banyak seller pakai akaun MBB ni, so senang transaksi antara bank. So jangan letak duit banyak2 ok. Sebab kalo ko nak transfer interbank instant (entah macam mana terms dia) nanti kene charge, so aku nak jadi kedekut sket lah. Even duit cod seqy pun aku simpan je dulu cash, masa nak restok barang baru terkial2 bank in.

Azam lain: nak konsisten masak weekend.
Dulu2 aku memang masak, setiap hari. Even balik keje pun bergegas masak.
Now, aku balik keje da tak larat nak masak. Penat woi.
Encik suami la masak, goreng mee hoon, goreng kue teow, ada masa kita makan luar jugak.
So weekend, aku berazam nak masak. Dulu2 weekend pun bantai makan luar, haih.
Now weekend aku MESTI masak. Sebab hari2 biasa encik suami masak. Sebab lain, balik pada azam no satu tadi, BERJIMAT.
Dah nak dekat 5 tahun kawen, macam2 dah berubah.
Ha ha ha

Ok tu je dua nak tulis dulu.
Kang tulis panjang2 lagi seumpama membebel dah.

Orang depan rumah aku ni pindah keluar, Habis bersih rumahnya termasuk piring astro pun dia bawak skali, bakal dapat jiran baru la nampaknya ya.
Stop dulu. Sambung nanti. Daa....

2 comments: