Monday, January 30, 2017

MALAM SEBELUM START KEJE.

First entry masa awal bulan, ni aku kira entry akhir bulan. Walaupun esok ada lagi berbaki satu hari.
Baru nak on laptop, cuba bayangkan.
Tengah2 duduk dekat sofa, belakang sofa ada tangga, tiba2 boleh dengar bunyi tapak kaki menaik.
Kejap2 kang menurun. Kejap2 kang bunyi macam loceng berlaga2 tiang tangga.
Melilau sekejap mata aku ni.
Lama2 dah biasa hadam bunyi2 macam ni.

Jiran sebelah, bangsa cina.
Ada bela anjing. Agaknya anjing dia tengah lari2 naik turun tangga.
Oh satu lagi perihal jiran yang aku kurang gemar.
Kalau bercakap, masa dia berada dekat luar.
Suara dia MEMETIR.
Macam terpanah2 telinga aku ni ha.
Kuat la sangat.
Woi ko nak satu kampung dengar suara ko ke hapa??
Bengang sikit dekat situ.
Setiap kali dengar suara dia, darah naik. ha ha ha

Tiga hari cuti, lemas gila.
Penat otak aku memikir.
Rasanya tahun ni tahun banyak memikir.
Paling utama, dok pikir kemana hala tuju.
Apa future plan.

Apa, apa, apa..
OMG. Pening sudah.
Esok start keje balik.

Semangat yang hilang.. datang la.
Fikir yang baik2.

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete