Friday, February 25, 2011

SELEPAS ACCIDENT

Bila kereta kene langgar, pasti la ada kemik sana, kemik sini, calar sana,calar sini..(hati aku pun turut sama calar! huh) Memang time drive keta macam tak sedap jer..Yer la..Huish susah nak describe la perasaan ni. Aku pun dah berfikir2 cepat2 nak settle kan masalah ni..

Pening juga sebab dalam dilema. NCD kereta aku 30%, kalau aku claim insurans habis NCD balik jadi 0%, tapi advantage dia aku tak perlu keluarkan duit la nak bayar kerosakan..Jadi aku dah survey2 bengkel nak repair kereta, kos dalam 5-6 ratus tak termasuk skirt keta, then aku pergi pusat servis, dorang advise aku tukar baru terus la, sebab memang boleh nak ketuk & baiki pintu/mudgad/skirt tapi in future maybe nampak tak boleh nak tau condition still ok ke tak.. No choice, terpaksa claim insurans juga..dan terpaksa la terima hakikat NCD aku dah jadi 0...waaaaa

Jadi hari ni settlekan document then esok submit. Lepas tu tunggu je la macam mana. Buat masa ni aku guna je dulu kereta yang da sedia kemik tu..(waaaa hati aku tak tau nak kata macam mana la...sob..sob..)

Ni pulak cerita saman.. Accident 22/feb. Dan aku disaman, (sudah la aku dilanggar, kemudian aku disaman, hampeh btol). Kan sekarang kecoh kalau bayar saman sampai 28hb ada dapat diskaun. Aku pun hari ni amik la cuti-kebetulan nak settlekan hal kereta dan bayar saman sekali.Sekali naik balai polis...Dok pusing2 tak dapat parking...Last2 aku decide nak bayar kat pejabat pos jer..Kan paper/tv semua dah war war kan boleh bayar saman dipejabat pos..Alangkah geramnya aku sebab bila petugas kaunter tu cek jer..Nama aku tak ada saman!!!! ini bermakna sistem PDRM tak update lagi!!!! ini sudah menaikkan darjah kemarahan aku...Petugas kaunter tu beritahu kalau aku nak bayar juga, aku kene pergi balai..wah wah....Aku keluar dari pejabat pos dengan hati yang errrr..geram...Ha ha ok tutup cerita.

Dah sejak aku kene langgar tu, aku macam perasaan sesuatu,aku rasa confident level aku kat jalan dah makin kurang..Huish bahaya2.. Hari ni jer aku dah banyak kali kene hon dengan driver lain, bukan aku seriau juga aku bila nak masuk simpang, selisih dengan kereta lain..adusss..dah kemik sebelah, kang tak pasal2 kemik sebelah lagi(mintak dijauhkan la hmm) Takpe2 fikiri positif..Bertenang...(nasihat diri sendiri)

Hmm dah alang2 cuti ni, boleh la aku berehat..Tapi ye ke rehat?? rasa2 aku dok fikir2 keje yang melambak kat opis tu..Wah...tension...

2 comments: