Monday, October 14, 2013

SATU HARI SEBELUM AIDILADHA 2013.

Pagi ni sesampai je kat parking ofis- wow lapang nya. Mungkin juga sebab esok hari raya aidiladha. So ramai la yang ambil kesempatan nak cuti balik kampung kan.. Orang yang kampung dekat macam aku ni- sila pura2 gigih bekerja yer...uhuk uhuk uhuk

Tapi tak pe la.. Minggu ni dengan minggu lepas seems special to me..sebabnya pertama: company revise gaji, so dapat la kenaikan sikit.. sekarang semua harga barang kan da mahal.. so bila ada kenaikan gaji ni, dapat la kurangkan beban sikit.. kuikuikuikui rezeki. Syukur sangat2.

Yang kedua pulak: aku da dapat surat dari pemaju perumahan- rumah dah siap.. yeay...Khamis ni aku dgn encik suami pergi pejabat pemaju untuk selesaikan apa yang patut.. Bahagia je rasa.. kuikuikuikui yer la rumah sewa manakan nak sama dengan rumah sendiri... Serius memang tak sabar. 

Kat opis, nampak gaya ramai je yang amik hapday... Makin sunyi la opis ni nanti.. Menu raya haji tahun ni aku tak sure la nak masak apa. Mak aku cadangkan bihun sup jer senang dan mudah.. Sebenarnya aku pun setuju je dengan cadangan mak aku tuh.. Maknanya malam ni kene start masak la. Takkan nak masak esok kot..Kang tak sempat pulak. Tapi esok motif pergi rumah mak aku adalah nak makan laksa.. hahaha laksa buat sendiri jangan harap la- sebab encik suami tak makan laksa. Ini bukan alasan aku tak nak masak tapi elok la aku masak menu yang kitorang laki bini makan. Jadi takde la aku kene masak dua tiga kali... hohoho jimat masa dan tenaga. Jimat segala2 nya.


Tengok cuaca kat luar tu macam nak hujan je.. Plus bangunan ni punya aircond yang teramat la sejuk.. Rasa nak tidur je bagai..

p/s: harap2 hari ni boleh balik awal. Tapi kerja banyak. khamis ni nak cuti. siapkan apa yang mampu..

No comments:

Post a Comment