Tuesday, January 27, 2015

JANGAN LA JADI RAJA DI JALAN RAYA.

Lama tak menulis, bukan apa, lately minda macam slow nak taip entry. Plus, taip entry nak kene ada mood, as usual.. Mood aku mana tah, asik lari jer.. Meh tangkap meh.

Pagi ni aku pergi kerja macam biasa. Dekat highway, nampak ada dua trailer bawak barang.
Lepas tol je, dah nampak trailer ni dipandu laju, seolah berlumba-lumba. Tengok sekali lagi, lori memang sarat dengan muatan barang. Biasanya lori yang dipandu laju, lori kosong. Tanpa muatan barang. 

Sudah la jalan tu ditutup jadi satu lane, lori tu kenderaan besar, lepas tu boleh bawak laju lagi?
Serius aku nampak memang lori B nak kejar lori A, lepas tu dorang tunda dekat antara satu sama lain. Apakah kau ingat jalan raya ni padang permainan??

Nyawa bukan taruhan ok, bukan sesuatu yang kita boleh tukar ganti, atau beli kat mana-mana.
Sekali melayang, memang terus jalan.. Takde nak balik-balik.
Aku yg naik kereta biasa pun dah kecut bila jalan saing dengan lori, apatah lagi driver kereta kecik macam kancil atau viva.. Lagi la kecut perut..

Sebelum apa-apa yang buruk berlaku, sila la berhati-hati..
p/s: even though aku kadangkala drive sampai 130km/j dekat highway, tapi biasanya cepat-cepat aku kene sedar diri... kereta atas nama encik suami, kang kalo kene speed trap.. tak ke kantoi disitu.
Berhati-hati di jalan raya, hargai nyawa. Sayang diri, sayang keluarga.

2 comments:

  1. hehehhe... kadang x sedor press minyak sampai 130 tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha ha biasanya kalao keluar lambat dari rumah, nak pergi opis, memang kaki sedap je tekan minyak, kak..mata kene jaga-jaga, 130 turun 120 turun 110 kang naik balik 120... erk...

      Delete