Saturday, June 20, 2015

KETIGA RAMADAN.

Sekejap nau da rasa hari ketiga ramadan. Nanti kang tup tup eh dah dua puluh lima hari ramadan.. Lepas tu yeay.. raya raya raya..
Huh macam budak okey.

Disebabkan pertama ramadan jatuh pada hari khamis, maka aku buat keputusan nak amik cuti je hari jumaat (semalam). So cuti la sampai empat hari. Bulan ramadan, aku masuk kerja pukul 8. So nanti kene adjust timing nak bersiap bagai. Dua tahun berturut aku pilih masuk kerja pukul 7. Tahun ni masuk pukul 8. Masuk pukul 7 memang syok, sebab balik awal pukul 4, tapi stress sebab awal sangat. ha ha ha. Tahun ni masuk pukul 8 tak pasti lagi macam mana. Ada yang kata, nanti jalan sesak sebab most of the kilang-kilang area situ pun masuk kerja pukul 8. Entah la.. Kita tengok next monday nanti.

So semalam aku pergi servis kereta. Siap dah terlajak lebih 4ribu km. Nak masuk next servis da. Rajin sangat, macam tu la, terus insaf ok.. Kereta nak pakai lama, so sila lah jaga. Walaupun kereta proton jer..Sentap juga dengar stesen tv kutuk-kutuk proton. Tapi ai is okey jer... Sukahati la nak cakap apa.

Lepas tu pergi pos barang customer.. Alhamdulillah, produk seqy beauty makin diterima ramai. Makin ramai customer yang beli, by pos atau cod. 

Settle semua kerja, balik rumah lepak. Hohoho gaya macam orang kerja kebun.
Dari pertama ramadan, asal masuk zuhur je, mata mengantok, asal zuhur, mata mengantok. 
Mana boleh tahan, nanti bila kat opis, macam mana nak tidur??

So cuti-cuti ni, aku memang akan terlelap sejam lepas waktu zuhur. Lepas tu bila terjaga, tengok jam, aiii tak tahu nak buat apa. hahahah 

Jadi semalam aku gigihkan juga kemas-kemas rumah, almaklumla rajin sangat mengemas, lepas tu sapu halaman rumah, kasi bersih-bersih.

Memang tak boleh la duduk rumah takde benda buat, mesti mata mudah terlelap.. Ooh no no no no.
Jangan dibiasakan.

So hari ni aku plan nak basuh shawl yang berlambak tu, masih belom basuh-basuh lagi.
Jangan malas-malas okey.. Nak pergi jalan-jalan shopping raya, rasa macam awal lagi. 
Tambah pulak, baju raya kitorang dah siap, so macam takde apa nak dibeli sangat.
Encik suami pun lately busy kemain, kerja banyak katanya. Sabar je la.

Ok masa untuk mengemas, tadi lepas hantar encik suami pergi kerja, terlelap lagi.. Hukhukhuk
Skang masa untuk bangun, segarkan diri dan fikir kuat-kuat apakah menu berbuka dan sahur nanti.

Ingatkan aku nak buat entry menu berbuka dan sahur, tapi tak sempat rupanya, siap masak je memang ngam-ngam waktu nak berbuka. Takde maknanya kau nak susun makanan dan amik gambar. Dah lapar. Ok bye. 

3 comments:

  1. Aisehmen...scroll sampai bawah ingatkan dpt tgk gmbr menu berbuka @ sahur awak...sekali baca balik ayat perenggan bawah tu, terus kecewa! Huhuhu...share la resepi menu berbuka @ bersahur....mana tahu leh cuba buat juga...hehehhe

    ReplyDelete
  2. hehe serius tak sempat nak tangkap gambar bagai. habis masak ngam2 waktu buka. time sahur plak, siap2 prepare je, encik suami da siap2 basuh tangan- ready nak makan. memang punah harapan nak tangkap gambar. hihihi

    ReplyDelete
  3. nani, akak first day je sempat snap. 2nd day lupo pasal masak siap ngam2 nak buka...

    ReplyDelete