Monday, April 25, 2016

STRESS KERJA.

Aku rasa kali ni, entry tak bergambar.
Pertama nya aku nak bagitahu, aku taip entry guna laptop baru. Barang baru mestilah excited, begitu.
Oooh heaven nya. Teringat zaman sebelom kawen, empat tahun lepas kot, update entry dekat desktop.. Rindu okey..nak melankolik sekejap. Tapi aku notice jugak, sejak ada laptop, ipad ku sudah terabai. Hukhukhuk. Apakan daya..

Yang keduanya aku da berjaya habiskan drama Descendants of the Sun. 16 episod. Dua episod terakhir, back-to-back tadi. Lama tak layan drama korea, mood tiba-tiba datang. Cerita korea, biasa lah, tak sah kalau tak jentik emosi bagai. Touching.. orang tengah stress lah katakan.

Lama tak update blog.
Aku sekarang tengah berkira-kira nak cari kerja lain. Tempoh 4 tahun da semakin dekat dah, dan aku rasa, aku sangat-sangat yakin, cukup lah. Cukup lah sampai sini saja. Makin ditahan makin off limit.
Ini juga salah satu sebab kenapa aku beli laptop. Supaya aku boleh update resume untuk kerja baru. 
Tambah bersemangat bila ada orang yang dah campak surat resign dulu dari aku.
Serta merta memori 2008 teringat-dekat kepala aku. 2008, sorang-sorang team mate resign. Hoi.. bayangkan lah dari riuh rendah team, sampai tinggal bape kerat je...sunyi mak aih.. Hampir semua nya dapat rezeki kerja goverment. Aku syak tahun 2008 tu memang govenment nak pakai ramai orang lah. Tu sebab kawan datang dan pergi.

Dan tahun ni, aku dah bersiap sedia. update resume bagai, riki sana sini ada ke peluang kerja kosong.
Ada orang suggest aku untuk tukar team, aku pernah terfikir nak tukar team. Tapi ikut logik akal, elok lah resign terus. Keluar dari company.
Now tiap-tiap pagi aku melayan perasaan, nak pergi keje ke tak nak.
Tiap-tiap pagi. Tapi bila fikir takde sapa yang akan cover kerja-kerja aku bila aku cuti, baiklah aku je yang gagahkan diri untuk datang dan buat.
Sometime aku cuti pun, takde reason sangat. Melayan stress kat hati. End up, shopping online.. 
Bajet macam banyak duit la. Tapi asal hati puas, apa nak jadi, jadilah. Begitu.

Kalau lah ada machine atau equipment yang boleh ukur level stress kat tempat kerja, aku nak guna alat tu untuk ukur level stress aku ni ha...
Orang akan cakap, alah stress kerje tu biasa lah, dulu aku boleh terima, but now.. Tak boleh da.
Keje sekarang ni sangat mengganggu hidup.
Kadang sampai terbawak dalam mimpi.
Tolong lah..itu je la yang mampu cakap, Tolong lah..
Harap aku ni diberi kekuatan..

Dulu-dulu aku selalu berdoa pada Allah, moga-moga ada la rezeki aku nak dapat kerja lain. Sebab aku ni orang yang lambat masuk rezeki. Aku doa, cepat la kali ni aku dapat kerja lain. Kemudian bila aku tak dapat kerja lain, aku sedih, sebab rezeki tak ada lagi.
Now aku doa, moga-moga lepas je habis project yang aku tengah jaga skang ni, ada rezeki aku untuk dapat kerja lain. Buat masa skang, suffer sorang-sorang dulu..

Ok daaa. Banyak sangat membebel ni.
Aku nak mandi, kemudian tidur.


2 comments:

  1. Nani, x de istilah rezeki cepat atau lambat... yang ada cuma rezeki tu sampai di masa yg ditetapkan... tepat setiap saat, dan sgt bersesuaian dgn keadaan... kalau belum ada rezeki, maknanya belum lg masa yg sesuai kot... Allah has a better plan for u...

    But teruskan usaha, smg Allah permudahkan dan berikan yg terbaik :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq akak.. stress tak tahan. hari2 balik keje flat betul rasa... sangat terganggu lah... #nangissorangsorang

      Delete