Saturday, June 18, 2016

RAMADAN 2016

Bulan june langsung tak ada entry.
Kesian betul.
Apa nak jadi pun tak tahu.

Salam ramadan semua.
Dah dekat dua minggu puasa.
Seronok bulan ramadan ni.
Sebulan jaga perut dari makan yang bukan-bukan.
Eh ye ke? Harap macam tu lah.

Macam biasa. Kilang aku bagi flexible hour sepanjang ramadan. Tahun ni aku pilih nak masuk pukul 7. Jadi lepas sahur boleh terus bersiap-siap.
Sebabnya kalau aku baring-baring atau take a nap(konon) garenti lah aku bangun pukul 9 atau 10!

Masuk awal, maksudnya boleh balik kerja awal. Bila balik awal pulak, maksudnya aku ada banyak masa untuk masak.
So far, okey je nak masak. Cuma menu tu, asik la kene throwback menu tahun lepas. Tahun ni pun aku da list siap-siap, untuk jadi reference tahun depan. 
Sampai hari ni, bila aku buat comparison, oohhh myyy, bilangan aku pergi beli dekat bazar dah lebih dari tahun lepas. Serta merta sentap. Ok lepas ni cuba elakkan. Masak. Fullstop.

Menu buka puasa biasanya sama je macam menu harian yang aku masak. Mee goreng, mihun goreng, nasi goreng.
Menu bersahur je meriah sikit. Bagi encik suami semangat makan, ha ha ha.
Kari ayam la, kurma la, sweet sour la. Ungkep, Bali. Ok enough. Terbayang-bayang pulak lauk. Sebelum tidur, madak siap-siap. Tinggal panas kan je esok pagi.

Nah belanja gambar menu sahur aku:







Ok lah. Nak prepare masak ayam bali nih. Sambung nanti.

2 comments:

  1. Sama la dengan Yani,Nani...balik awal jadi dapatlah memasak 1-2 lauk utama untuk berbuka berdua. Masih belum jejak kaki ke bazar ramadhan setakat ini.

    Dah masuk 2 minggu berpuasa ni, menu ulang daging, ayam, udang dan sotong je...belum berkesempatan masak lauk jenis ikan...terliur tengok lauk Nani ikan goreng cecah kuah kicap tu...sedappp....

    ReplyDelete
  2. i pon banyak beli gak taun ni...sebab my husband banyak keje shift malam. so i buka sorang, x kosa akak nk masak dik... heheheh...

    ReplyDelete