Thursday, May 7, 2015

ESP, KEROPOK, BISNES ONLINE

Hari ni aku terlambat. Bukan. Sengaja lambat. Sebab mak aku semalam call, minta aku halfday hari ni sebab dia nak buat kenduri-suruh datang rumah amik lauk. Ha ha Ok berat hati nak halfday sebab, tiba-tiba jekk kan. Aiiihhh sejak bila jadi macam skema...Erk. Apakah...

So as usual walaupun siap dah lambat. ESP shaklee tetap kene minum ok. Penting sekali supaya aku tak lapar pagi-pagi. Sebab if lapar, otak tak boleh bekerja. Lepas tu nanti lost focus. Susah la kan..


Aku baru perasan yang shaker shaklee aku dua-dua masih terbaring dalam sinki, (tu yang buat ESP dalam mug kit kat) ooooh apa dah jadi wei... Baru teringat, minggu ni dapur tak berasap sangat. So banyak kali gak beli siap-siap kat pasar malam. Tu yang sampai shaker shaklee tersadai tu. Malam ni baru terhegeh-hegeh nak basuh. Jadi malam ni kene rajin. MESTI!!

Ni ha nak tunjuk sesuatu. Memandangkan encik suami sangat la suka makan keropok. Jadi ni kawan baru dia sekarang..


Balang keropok yang lebih besar dari balang beras aku. Siap duduk satu kerusi lagi. Serius da macam keropok dekat kedai makan aku rasa. Asyik-asyik cari kawan dia. Asyik-asyik kawan. Ha ha ha. Tak kisah la abang, kawan pun kawan la, asalkan abang goreng keropok sendiri. Susah sikit la aku nak goreng deep fryer ni. I don't like ok.. Minyak panas. 

Last update, sejak terjebak dengan bisnes online ni, hmm fikiran kene ligat dua kali ganda, macam mana nak promosi kan product, macam mana nak reach target customer, target sales, macam-macam lagi la. Harap urusan bisnes ni dipermudahkan. Sebab aku nak target atleast bila umur da cecah 40tahun, aku mesti berhenti kerja. Tak larat ooiiiihhh umur 40tahun keje kilang lagi. Tapi perancangan Allah siapa tahu kan. Target tetap kene set. 40tahun umur, bisnes online mesti sudah mantap dan kukuh. Lepas tu bole resign. Kerja dari rumah.. Aaargh tak sabar rasanya. Doakan yer..

Seqybeauty product, masih ada stock. Cleanser RM45
BB cream RM55
Sakura mask RM110

Set kombo 1
Cleanser + BBcream RM100. Free postage.

Set kombo 2
Cleanser + BBcream + Sakura mask RM190. Free postage.


Kalau nak, whatsapp 019-7627358 cepat sebelom orang lain rembat. Ok bye.. 

Monday, May 4, 2015

TESTIMONI SEQY BEAUTY.

Hai.. Rasa aku dah pernah tulis dalam entry lepas, aku ni agen seqy beauty. Boleh dapatkan BB cream, Cleanser or Sakura Mask SQB dari aku. Hihihi


To make it short, meh aku list kan feedback pengguna seqy beauty. More details, boleh refer dekat IG. Jom tengok. 

Cleanser SQB RM45.
• memudarkan parut
• muka tak berminyak
• melembutkan dan memberi kesegaran kepada wajah
• pori-pori mengecil
• kulit muka cerah dan halus

BBcream SQB RM55.
• jerawat makin mengecut, kulit muka tak berminyak
• senang apply dan cepat serap sebab water based dan tak berminyak
• muka rasa ringan walaupun apply bedak
• 3 code pilihan warna ikut kesesuaian kulit : fair, natural, brown
• jimat masa, muka tak bertompok walaupun pakai bedak
• sekali pakai, muka nampak flawless, tak payah make-up tebal-tebal
• tengah-tengah panas pun muka tetap nampak glowing. 
• sekali picit boleh cover satu muka. sangat jimat.
• rekabentuk botol yang slim dan mudah dibawa ke mana-mana

SakuraMask SQB RM110.
• kulit makin lembut, jerawat makin kecut
• kulit rasa sejuk, muka rasa fresh
• mask yang tak kejungkan muka, boleh pakai bila-bila masa
• boleh jadikan kulit selembut kulit baby
• pelbagai fungsi, boleh sapu kat tempat luka (luka melecur pun bole cepat kering), alergik dan gigitan nyamuk (kulit tak mengelupas atau gatal-gatal)
• melembabkan kulit, hilangkan parut jerawat
• menghilangkan parut jerawat dan jeragat, melembab dan mencantikkan wajah, kulit muka jadi berseri-seri
• mengurangkan kedutan dan memudarkan parut
• tekstur lembut, sejuk dan tak melekit
• kecilkan pori-pori, hilangkan parut, whitehead, blackhead

Kombo set Cleanser, BBcream, Sakuramask RM190. Free postage. Jimat RM20.

Kombo set Cleanser, BBcream
RM100. Free postage.

Ok itu jer nak tulis. Sekian.

Saturday, May 2, 2015

THROWBACK. KONON-KONON..

Hari ni encik suami kerja lagi. So waktu lunch aku masak je sup telur/ayam/kentang/carrot, daging kicap, sambal tumis ikan bilis kering-kering. Takde resepi baru, semua recycle resepi. Cuma setiap kali masak tu mesti rasa dia lain-lain. Hahaha. Konon nak buat sama rasa macam yang hari tuh, sekali nan hado. Terima saja lah. 


Lauk dah siap. Tinggal tunggu makan saja. 

Beberapa minggu lepas, aku balik jap rumah mak aku. Mak aku buat table top baru. Nak jimatkan ruang katanya. So kebetulan rumah belakang mak aku tengah renovate. Kontraktor sama dengan yang buat table top mak aku.  Tuan rumah tak duduk situ time kerja renovate. So aku berpeluang la tengok bahagian dalam. Bukan senang nak masuk rumah orang tengok deko-deko, hahaha Motif tersembunyi eh? Ooo besar juga rumah if renovate kebelakang then atas bawah. Dapat satu bilik lagi. Baru ku tahu. 

Yang tak syoknya, keadaan rumah tu sangat la bersepah. Sepah sangat. Dengan sofa, meja makan, baju berlonggok.. Oooohhh tak bole la. Sadis kalo aku tengok rumah aku macam tuh.. Teringat masa aku pasang kabinet tv and hall divider dulu.. Nangis aku nak kemas rumah.. Throwback...


Kesian sofa gumuk aku... Hmmm


Nangis tengok habuk segala bagai.. 


Diam-diam saja la. Sendiri gatal nak deko-deko, so sendiri kene terima la. Syukur hasilnya tak la mengecewakan. Jadi kalo boleh sebelum masuk rumah baru, cuba settlekan siap2.. Nanti takde la nak berhabuk bagai.. Kemas rumah ni macam nightmare.. Kemas dapur lepas masak pun tak la macam ni punya perasaan. Over ok. 

Well, mana la encik suami tak balik lagi ni. Sekarang asal cuti je, hujan, asal cuti je hujan.. Hujan rahmat... Ok daaa...

Friday, May 1, 2015

TIPS MENGEMAS RUMAH.

Nak tulis tips macam la aku ni bagus sangat mengemas rumah. Ha ha. Tapi baik la kita share juga. Mana tau orang lain boleh apply benda sama. Sebab aku dengan encik suami bekerja, so masa yang ada kat rumah biasanya sebelah malam jer. Itu bermaksud, kemas rumah jadi rutin hujung minggu. Tapi bukan tiap-tiap minggu. Boleh? 

Disebabkan hari ni cuti, jadi aku amik keputusan nak kemas rumah. Setelah sekian lama. Opss masa tulis entry ni, mak aku baru je call. Suruh kemas bahagian luar rumah aku. Hahaha Memang sepah. Takde masa. Tapi takpe, asalkan bahagian dalam selesa, bagus kan? 

Masa aku kemas-kemas, aku dapat idea:

1. Biasakan diri untuk letak barang di tempat sepatutnya. Macam aku, da jadi habit asal balik rumah je, semua campak atas kerusi meja makan, tudung, beg, segala macam barang. Lepas tu kadang-kadang aku lupa nak bawak naik atas. So tersadai la barang-barang tu semua kat bawah. Hasilnya meja makan aku da seumpama stor aku rasa. Erk..Jadi start hari ni, lawan perasaan malas. Letak barang di tempat yang sepatutnya.

2. Tetapkan lokasi barang di satu-satu tempat saja. Contoh aku ada banyak eco bottle tupperware. Tak banyak mana la, ada 5 je. So aku akan isi air siap2. Lepas tu if nak minum, terus minum jer.. Disebabkan easy access botol air ni, jadi botol ni akan ditinggalkan macam tu je lepas minum. Kalau aku tengah tengok tv, minum air, lepas tu botol letak sebelah sofa.. Sampai bila-bila la macam tuh.. Dan kadang-kadang aku pernah tersepak botol, sebab aku tak perasan botol ni duduk antara sofa dengan stool. Ha ha 

3. Kurangkan beli barang yang tak sepatutnya. Hiasan-hiasan yang tak berkenaan tak payah dibeli langsung. Dah tau diri ni pemalas nak kemas, so rumah aku memang tak de hiasan bagai. Bunga-bunga ke hapa, diri ni memang tak rajin. Maka tak payah beli. 

4. Jangan tangguh kerja. Sekali dah niat nak kemas rumah, teruskan saja aktiviti mengemas. Aku banyak kali macam ni, asal nak kemas je, malas, asal nak kemas je, ada la benda lain nak buat. So sekarang aku kene tuka mindset. Jangan tangguh kerja, asal malas tu datang jer, fikirkan keadaan rumah yang da kemas dan bersih rather than nak pikir, ohoi penatnya nak sapu-mop rumah.. Haih..Tapi kemas rumah memang penat. Walau macam mana pun, aktiviti ni bagus, atleast boleh keluarkan peluh.. Ala-ala senaman.

Kesimpulannya. Memang kene gigih. Badan memang penat sikit tapi hasilnya pasti tak mengecewakan. 

Ok last sekali nak bagitahu.. Aku ada ready stock product seqybeauty. BBcream cuma ada code 1 dengan code 2 jer yer..


So sesiapa yang nak COD, boleh calling or whatsapp ok? 
Aku boleh COD area kempas, setia tropika, skudai, senai, JB. 
Sekian terima kasih. 


Thursday, April 30, 2015

MAKAN LUAR.

Ada beberapa kali aku ternampak post kat FB tentang makan luar. Makan di restoren atau kedai makan. Bukan istilah 'makan luar'. Kat paper pun pernah aku terbaca baru-baru ni kisah suami isteri yang terjumpa seekor lipas dalam mangkuk tomyam! Yerk.. Geli kalau nak dibayangkan. Lepas tu beberapa hari kemudian, aku pergi makan kat kedai, order tomyam. Tengah-tengah makan, terdetik juga hati ni. So cepat-cepat kaut kuah korek-korek lagi apa isi yang ada. Ha ha Gelabah. Nasib tomyam kau sedap. 

Nak kata makan luar tak berapa elok tu, memang betul. Tapi siapa lah kita nak judge orang kan. Aku pun walupun ada list menu masak hari-hari. Kita manusia biasa. Kadang-kadang malas juga. So memang pilihan terakhir adalah makan luar, selain dari order delivery-McD, Pizza Hut, Dominos. Itu pun kalau tekak kau boleh telan la kan..

Walaupun aku kadang cerewet juga bab pilih kedai atau makanan, tapi maafkan je la peniaga sekiranya keadaan macam ni berlaku:

1. Air yang kita pesan tu terlalu manis. Macam kau nak suruh aku potong kaki je bila minum. Mungkin budak pembuat air tu terlebih letak air gula. Tu la, buat kerja sambil mulut bercakap.

2. Makanan yang dipesan lambat sampai. Tak tahu la tukang masak silap kira timings ke atau budak pelayan lambat beritahu orang belakang. Memang boleh buat darah naik. Terutama bila tengah lapar sangat-sangat.

3. Makanan yang dipesan, hasilnya tak sama macam yang kita bayang kan. Tomyam campur, tapi udang 2 ekor, isi ayam sikit-tu pun potong kecil-kecil, sotong sikit. Banyak bawang, serai, daun limau purut jer. Dengan kuah. Oooh kesabaran sangat diperlukan. Masa ni tak  payah la nak sebut-sebut tentang harga. Kau dah order, lepas makan, silakan bayar. Siapa suruh malas masak? 

4. Bila sampai je kedai, dapat meja, tapi pelayan lambat ambil order. Even pekerjanya ramai. Hmm ramai-ramai pun tak guna juga rupanya. Tapi mungkin mereka semua tak perasan ada meja yang belum ambil order. So kita la yang kene lambai-lambai tangan untuk pesan makanan.

Hmm aku kira lepas ni, memang kene fikir dua tiga kali. Jadi, kesimpulannya. Lawan perasaan penat tu untuk masak hari-hari, ok bye.

Sunday, April 26, 2015

CARA KAWAL BELANJA BULANAN.

Zaman sekarang ni semua barang da mahal. Gaji takde la banyak mana. Tapi harga semua barang da naik. Terutama lepas GST ni. Jadi aku sekarang da start kawal belanja. Beli barang keperluan sahaja. Bukan kehendak. Tapi kadang-kadang nafsu kuat betul. Tergelincir juga. Beli benda yang bukan-bukan. Dah beli barulah terasa nak tampar diri sendiri.

Dalam satu minggu, aku akan peruntukkan satu hari untuk buat list menu mingguan. List ni tersangat la penting sebab kalau takde list ni dalam satu minggu, memang blur nak masak apa. Lepas tu list ni membantu juga dari segi pengurusan masa. Agak-agak hari yang aku tak penat sangat, bole la masak meriah sikit. Takde la meriah mana pun. If hari penat, masak ala kadar. Bole? Kadang-kadang makan luar je.

Daripada list menu mingguan tu juga, aku  akan pecahkan kepada beberapa bahagian iaitu: barang yang nak di beli kat pasar dan barang yang nak dibeli dekat pasaraya. Pasaraya ada dua. Satu, Giant. Satu lagi Cold Storage. Giant tempat aku beli barang macam minyak masak, tisu dapur, shampoo, susu, sos spageti, frozen dan sebagainya. Cold Storage khusus untuk buah-buahan, tapi ada juga aku beli barang macam frozen food, tepung la. Tengok pada list barang apa nak di beli.

List barang ni juga sangat-sangat membantu sebab aku hanya akan pergi cari barang yang nak dibeli saja. If takde list, aku akan round satu Giant then stop lepas tu fikir, nak beli ke tak. Yang mana pengakhirannya aku biasanya akan beli, tapi tak tahu bila nak guna barang tuh. Menyampah betul. Hahaha

So kesimpulannya kelebihan list barang ni adalah untuk:
1. Kawal barang apa yang nak dibeli-berdasarkan menu
2. Secara tak langsung jimatkan duit belanja- tak membeli barang yang tak diperlukan
3. Jimat masa dan tenaga. Sebab pergi pasaraya, cari barang, bayar dan balik. Habis cerita.

Ok sebenarnya dapat idea nak tulis entry masa tengah bersiap nak pergi Giant. Beli barang. 


Sebelum keluar, pakai BBCream Seqybeauty jer. Tak payah pakai bedak. Jimat masa bersiap. La la la la. 

Ok aku nak bagitahu. Aku agen SeqyBeauty skang. Jadi bole dapatkan barang SQB dari aku. Sekarang ni tengah hot BBCream ni la. Untuk testimoni, boleh refer dekat IG dan website Seqybeauty.. Kalo nak cuba bole roger-roger. COD area Kempas, Setia Tropika, Skudai, Senai, JB. Jimat postage. Ok? Sambung nanti. Layan TV jap.

Saturday, April 25, 2015

REVIEW BB CREAM BY SEQYBEAUTY.

Entry kali ni aku nak tulis tentang satu produk yang aku pakai. BB Cream Seqybeauty. 


So far, aku sangat berpuas hati sebab:

1. Bila apply, muka terasa ringan je..dan tak berminyak even jalan kat tengah panas.
2. Tak payah pakai bedak. Jadi langsung jimatkan masa untuk bersiap dan jimat bedak, ha ha
3. Picit sikit jer, dah boleh cover satu muka. So sebotol bole tahan lama, yeay... suka sangat.
4. Botol dia slim, senang nak bawak ke mana-mana.

BB Cream ni ada 3 code warna:
Code 1- fair
Code 2- natural (aku pakai code 2)
Code 3- brown

Antara kelebihan/kegunaan BB Cream by Seqy Beauty:
- Wajah tidak berminyak sepanjang hari
- Tekstur yang ringan dan sesuai untuk orang asia
- Sebagai bedak asas
- Menutupi cela dan menjadikan tona kulit sekata
- Mencegah bintik hitam, noda dan flek di wajah
- Melindungi kulit dari sinaran UV dengan SPF 30+ dan menjadikan kulit kekal sihat
- Sebagai krim esential, menutrisi, menegang dan menghaluskan kulit
- Melambatkan penuaan 
- Sesuai untuk semua jenis kulit.

Harga sebotol rm55. Sangat berbaloi, tambahan pulak sebotol tahan lama.
Untuk keterangan lanjut, refer pada website seqybeuty. Ok bye.