Monday, August 29, 2011

KUIH RAYA OH KUIH RAYA

Macam tahun2 yang sudah aku memang tak buat kuih raya pun..Kuih raya yang ada kat rumah aku pun style tunjuk2 punya...Sapa2 kawan2 yang ada jual kat opis nun, aku pegi la rasa2 then kalau berminat aku terus la order beberapa jenis..Senang cerita..Huhu

Tak tau la sampai bila aku nak teruskan trend macam ni (ceh hampeh..trend konon..kuikuikui) Tak kan la sampai ke tua kot aku nak menempah2 ni kan..Hmm nanti la bila sampai masa aku akan buat kuih raya sendiri..Ha ha iye ke ni..(geleng2 kepala sambil tenyeh2 mata)

Sepanjang ramadan juga aku ada la survey2 kuih raya ni..Hmm aku tengok kuih raya tahun ni banyak yang baru2..Segar2 gitu..Yang tak pernah nampak pun ada..Tapi aku biasa la kan,tetap cari mama keri punya..Itu kuih memang terbaik la aku rasa..Huhu makan reti, buat tak reti..
Harga kuih2 pulak..sama jer..range dalam RM20 ke RM30 sebalang..Sebalang tu maybe boleh dapat 50 biji ikut size la..

Dah kalo size besar kedabak takkan la nak harap kuantiti 50 kot sebalang..huhu adalah dalam 30 ke 40 biji..hmm Kuih raya ni pada aku buat ada2 jer..setakat nak letak2 kat dalam balang pastu susun atas meja, sebab apa..Rasanya kalo tetamu datang beraya, tuan rumah selalu hidang makanan lain kan..contoh laksa,mee goreng,mihun goreng, mee soto...(eh apasal segala macam mee da) Tak pun tetamu datang suka kunyah2 kerepek jer...Kuih raya sikit2 jer makan..Selebihnya nak berborak dengan tuan rumah, bak kata orang mengeratkan silaturrahim...

Jadinya kuih raya, makin lama makin suram..sebab tu la kot aku tengok gerai2 yang jual kuih raya bermacam2 jenis dan design baru yang ada, nak menarik orang beli la tu kan..Bila makan rasanya macam biskut jer..sama tak ada beza pun..hmm

p/s: Aku xtau apa motif aku tulis entry pasal kuih raya ni..huhu sekadar menyimpan angan-agak2 macam mana la bentuk kuih raya yang aku buat sendiri eh..huhu

No comments:

Post a Comment