Sunday, February 19, 2012

MORAL OF THE STORY: PASTIKAN MINYAK KERETA SENTIASA PENUH

Aku terbaca entry dari sini, jadi aku teringat kejadian yang betul2 berlaku pada aku jumaat lalu..Ha ha..aku rasa ni sebab aku silap anggar baki minyak keta aku. Dulu aku masa pakai myvi, penanda minyak myvi style bar..So aku boleh bajet kalau minyak tinggal 2 bar..Maka aku wajib isi untuk kiraan minggu yang baru..

Sejak2 aku pakai kereta encik tunang ni, gen2..aku banyak dengar orang2 kata kereta yang cc besar, kuat pakai minyak...Tambah pulak penanda minyak dia style pakai jarum..mula2 aku kekok juga nak agak2 minyak ni..Time bila nak kene isi...Pernah juga aku terisi tank tu sampai penuh dan sampai pam terhenti sebab minyak dah penuh..Itu la silap bajet lagi...Hmm Tak paham aku..Tapi kalau aku tak kene macam tu, aku tak rasa la experience ni kan..kuikuikui

Jumaat pagi, aku tengok minyak, hmm agak2 memang boleh tahan kalau guna pergi dan balik kerja..So plan nak refiil minyak hari sabtu pagi la..Sebab hari sabtu tak la sibuk sangat. Konon2...Sekali bila nak balik tu, aku start enjin...Alamak..minyak dah hampir nak ke E...

Risau juga..Sebenarnya sebelah kilang aku ada petronas, tapi nak kene pusing balik dan aku fikir, malas nak singgah2 ni..So decide nak balik terus...Siap lalu highway lagi...Tawakal jer la...
On the way balik tu....Tengok2 ada jem pulak..Entah apa sebab..Memang hati dah tersiat ni..Ish2..dah la minyak nak habis, kemudian jalan jem pulak...Tension aku. Asal hari jumaat, jalan jem..Semua orang berlumba2 nak balik kot...alahai..

Tengok2 lagi minyak dah sampai sini..


Lagi lah aku gelabah...Aku mana pernah drive kereta minyak sampai nak dekat E...Adoi...Pulak tu ada banyak trafik light yang aku kene lalu...Jalan pun tersengguk2...Ish2..

AKu siap off aircond, lepas tu bukak tingap sikit...Konon nak mengurangkan penggunaan minyak..Ha ha ye ye jekk..

Sebelum balik rumah, aku singgah petronas depan rumah, terus isi RM60.. Kalao aku tangguh2 lagi entah2 kereta aku tak boleh start terus agaknya...Terpaksa la beli minyak pakai botol & isi pakai paip getah or corong plastik..

Ini pengajaran buat aku: Kene isi minyak setiap kali minyak tinggal suku tank..
Sekian.

No comments:

Post a Comment