Tuesday, September 10, 2013

TANDA PUTERA.

p/s: Ini adalah entry tertunda. Lama da karang, lepas tu peram dekat draftcraft sampai aku bole terlupa ada entry tak publish lagi..

Aku berkesempatan tonton tanda putera kat pawagam-31 Ogos beb... Hari sambutan kemerdekaan...Sebelom wayang start, semua penonton diminta berdiri untuk menyanyikan lagu negaraku.. Bagus juga kan, lama dah aku tak berdiri tegak nyanyi lagu negaraku..ooh teringat zaman sekolah dulu- sungguh.

Fiilem yang bertemakan patriotik ni, memang aku suka tonton, sebab ianya ada hubungkait dengan sejarah, dan tanpa sejarah, tak ada la kita hidup selesa di zaman ni. Aku punya cadangan ialah, tayangkan filem ni kat sekolah2, supaya pelajar2 ni dapat diterapkan dengan nilai2 sayangkan negara, cintakan negara. Bukan macam muda mudi sekarang, da hilang jati diri, terlalu agungkan budaya luar, lepas tu kutuk budaya sendiri.

Sebelom aku tonton filem ni, ada juga aku baca review blogger dan beberapa komen kat fb pasal filem ni, kebanyakan nya hanya bercakap tentang kelemahan filem- aksi atau babak yang mungkin pengarah terlepas pandang, yang tak patut ada di era 60an dan 70an..Ooo benda macam ni cepat pula kau nampak yer, tak kan tak ada satu pun pengajaran atau nilai baik yang boleh kau ambil dari filem ni???

Begitu juga dengan manusia2 yang tag or share komen2 dekat facebook.. Dapat je news terus gatal nak share la tag la, kau dah tengok ke cerita ni? Siap ada nak boikot lagi, nasihat aku- kalau kau orang ada rasa ada tempat lain yang lebih baik dari MALAYSIA ni, dipersilakan korang angkut segala harta benda yang kau orang ada, bawak sekali sanak saudara- pastikan tak ada keturunan kau orang yang tinggal- angkut semua, lucutkan kewarganegaraaan malaysia dan jadi lah warganegara tempat baru tuh.. puiii.. dasar tak tahu di untung.. Memang aku hilang hormat pada manusia spesis macam ni.

Aku tak nak la tulis sinopsis cerita, sebab rasanya dah banyak sangat blog yang tulis.. Ini just apa yang aku rasa saja sepanjang aku menonton filem tu...Babak yang paling sedih, tentulah babak kematian tun dr. ismail dengan tun abd razak.. Bohong la kalao kata tak sedih, dua2 tokoh ni, menyembunyikan kesakitan masing2 demi rakyat, negara, politik... susah woo jadi pemimpin....

Babak yang terkesan dekat hati aku- 13 mei 1969, rusuhan kaum tuh, sampai perintah darurat dikeluarkan...ni sebab ada someone yang kerjanya memang menghasut orang sampai terjadinya rusuhan.. hmm bahaya orang macam ni...

Apa pun, aku puji pengarah filem ni, sebab berjaya dan berani filemkan sejarah.. Serius, aku memang suka tonton filem2 sejarah ni..

Tetiba teringat kenangan tonton wayang filem hati melaya dengan ikin dulu2.. hehehehe..

2 comments:

  1. Tak banyak filem melayu yang genre macam ni, lain dari yg lain. Balik2 cerita lawak2 yang slapstik... filem kita, wajah kita... huhuuhu... harap2 akan lebih banyak filem yg bermutu di masa hadapan.

    ReplyDelete
  2. hi sweet tooth, betul. tak banyak filem macam ni, bila da ada filem genre sejarah macam ni, ada pulak dugaan waktu nak tayangkan.. filem yang bermutu biasanya akan ada banyak halangan kan? bangga sebab dapat tonton filem ni. hehe

    ReplyDelete