Wednesday, October 2, 2013

MOTIVASI: APA YANG MASUK, ITULAH YANG KELUAR

Kualiti yang keluar bergantung kepada kualiti yang masuk ke dalam jiwa dan pemikiran.

Seorang wania super adalah hasil daripada apa yang beliau fikirkan, apa yang beliau baca, apa yang beliau makan dan dengan siapa beliau berkawan. Seorang wanita yang hebat dan bijak pasti memikirkan kebaikan dan sesuatu yang positif dalam kehidupan. Ini kerana pemikiran mempengaruhi emosi dan peribadi.

Apa yang di baca?
Jenia bacaan yang di baca pasti membentuk karakter dan peribadi seseorang. Sekiranya beliau suka membaca sesuatu yang bersifat gossip,merosakkan motivasi diri, cerita yang tidak berfaedah, maka jadilah ia seorang penggossip, kekurangan motivasi diri, dan tak nampak tujuan dan hala tuju diri. Sebaliknya jika beliau menghabiskan masanya dengan membaca bahan yang meningkatkan kualiti diri, baik dari segi agama, ekonomi , bisnes atau pun kehidupan, bahan bacaan ini lah yang akan mempengaruhi pemikiran dan seterusnya membentuk karakter dan peribadi.

Apa yang dilihat dan di dengar?
Wania bijak pasti memilih program televisyen yang akan ditonton. Bahkan turut memilih yang hanya baik bagi didengar. Ini kerana setiap yang didengar  itu meresap masuk ke dalam minda seterusnya mempengruhi peribadi.
Selain itu pilihan tempat yang selalu dikunjungi dan dilihat selain jenis individu yang beliau kerap bergaul di tempat yang dituju itu juga memainkan peranan. Sekiranya beliau ke tempat2 ilmu, jadikan beliau seorang yang berilmu.

Apa yang di makan?
Pemakanan mempengaruhi jiwa dan peribadi seseorang. Wanita yang bijak pasti memilih makanan yang halal suci lagi bersih. Sekiranya dimasak sendiri adalah lebih baik. Sebaliknya jika makan di luar, wanita yang bijak akan berhati2 dengan kedai yang dituju.

Siapa rakan2 nya?
Wanita yang bijak tidak ingin bersahabat dengan mereka yang merosakkan dirinya dan tidak membawa kepada kebaikan sama ada kebaikan di dunia atau di akhirat. Wanita yang bijak hanya akan menyibukkan diri dengan urusan yang boleh meningkatkan kualiti dirinya, kerjaya,dan rumah tangga.

Petikan artikel dari buku Super Woman..
Ok sekian motivasi hari ni..
Have a nice day.

2 comments: