Tuesday, November 12, 2013

BERFIKIR DAN MENERIMA SECARA POSITIF.

Beberapa panduan berguna bagi meningkatkan motivasi diri:

1. Berterima kasih kepada orang yang menyakiti hati kita kerana dia lah yang membuatkan kita rasa tabah. Apabila orang sakitkan hati kita dengan tidak bertegur sapa, maka kita patut berdyukur kerana sikapnya mengajar kita erti ketabahan.

2. Berterima kasih kepada orang yang pernah menipu kita kerana dialah yang meningkatkan pengetahuan kita supaya lebih berwaspada pada masa akan datang.

3. Berterima kasih kepada orang yang tidak mengendahkan diri kita, kerana dia lah yang memupuk diri dan jiwa kita supaya berdikari.

Pupuk la rasa bahagia dengan berfikiran positif. Apabila kita fokus mencari keredhaan Allah, jika tiada ramai kawan sekalipun, kita tidak akan berasa tertekan kerana kita yakin, cukuplah Allah SWT bersama kita..

Ok sekian perkongsian hari ni.

No comments:

Post a Comment