Thursday, November 28, 2013

CHECKLIST RUMAH BARU.

Lama tak update blog. Macam tak guna je nak salahkan konon takde masa. Sedangkan masa tu cukup je 24 jam sehari, cuma nak tak nak saja..

Ok lately ni fokus memang lari sikit, sejak dapat kunci rumah baru, weekend memang busy. Pergi survey sana sini, baca review blogger..konon nak yang terbaik utk rumah la kan.. memang patut pun. Kitorang pun dah check condition rumah, mana yang boleh kita highlight and complain, kita buat la. Just tanda that area guna marker and masking tape. After one week, developer akan betulkan or perbaiki defect tu semua. 

Sampai hari ni, meter api dengan air blom pasang lagi. Tapi tak sure la minggu macam mana,sebab kitorang belum sempat tengok lagi. Bila datang rumah sana, tengok ada beberapa rumah pun da start renovate, buat beranda la, pecah tingkap la...Oooooo tambah2 tak sabar rasanya. Ceh.

Ada banyak checklist yang aku da prepare untuk rumah baru:
1. Grill- da confirm. Aku minta dia pasang bulan 12.. hehe
2. Kornice hall, dining, master bedroom dengan bilik air master bedroom - da confirm. Dorang akan start keje bulan 1 tahun depan. 
3. Kipas - untuk hall, dining dengan master bedroom, kitorang survey kipas panasonic. Nami series.. Encik suami yang gigih survey. Aku layan saja lah. Tapi aku yakin kualiti panasonic. Ex-employee, memang da faham sangat kualiti or standard jepun nih.
4. Pecah dinding dapur, pasang tingkap,buat table top..Yang ni da survey2 tukang rumah yang diyakini boleh buat..Kitorang pun da ukur2 dimension table top.. 
5. Kitchen kabinet- Mula2 plan dulu, lepas masuk rumah baru buat kitchen kabinet. Tapi rasa tak bole tahan maa.. sudah alang2 renovate, buat sekali one shot..Setelah amik kira idea encik suami dengan aku, bentuk dapur kitorang nanti lebihkurang macam nih..


Gigih ok encik suami dok buat sketch ni. Nampak lagi konfident dari pada sketch aku yang hanya guna pensil dengan kertas. Hmm..Harap2 la dapat buat design macam ni. Ooh satu tips, kebaikan kalau kita ada lakaran design yang kita nak, kita boleh try mintak quotation and compare harga. Kebanyakan kedai boleh bagi free quotation. Info yang dorang perlukan adalah lakaran design dan juga ukuran. Tapi kena juga amik tau apa material pilihan. Sebab tu akan effect pada harga. 
6. Hood, hob dengan oven. Sekarang tengah pening, brand apa jadi pilihan. Review banyak blogger, kata Rubine ok. Check kat kedai, katanya Leben dengan Rubine adalah brand yang customer selalu cari. Dua2 pun ok. Haih... Leben ada promosi sekarang.. Takpe, tunggu nanti homefair 6-8Dis kat Persada. Kita survey habis- habisan.
7. Plaster ceiling dapur dengan bilik air - ini pun akan double confirm again dengan kontraktor yang buat kornice hall, dining dan master bedroom.

Itu adalah checklist yang dah ada progress, maksudnya da start survey, da allocate budget (hopefully).
Still ada lagi checklist yang kitorang belom start apa pun.
1. Langsir, rail langsing, kain langsir - yang ni belom pergi ukur tingkap sana. Maybe hujung minggu ni kot. Kedai langsir pun tak terjah lagi.
2. Window blind untuk tingkap dapur - pun pending, tak survey kedai sebab nak tunggu tingkap belakang siap.
3. Gril tingkap belakang - pun pending sebab nak tunggu tingkap belakang siap.
4. Untuk area yang belom confirm nak renovate macam bilik2 lain tuh, plan just pakai lampu kalimantang dulu, so tak confirm lagi berapa biji lampu kene beli.. 

Eheh cerita pasal progress rumah baru, excited.. Harap2 semua berjalan lancar. Sambung nanti next entry. Daaa...

2 comments:

  1. wow..teruja kan nak masuk rumah baru...tido malam pun tak lena.. hihihi

    ReplyDelete
  2. Hihi iye kak. memang teruja.. harap2 nanti semua ok.

    ReplyDelete