Sunday, March 16, 2014

WINDOW BLIND- TINGKAP.

Syukur setelah lama tak hujan, akhirnya hari ni hujan turun... tetiba rindu bau hujan.... Plan hari ni nak basuh rumah baru.. Kitorang basuh dalam hujan.. erk hanya basuh bahagian dalam saja. Sebab target sebelom install kitchen cabinet, kene bersihkan apa yang patut.
Baru perasan penatnya kemas rumah. Basuh dari atas ke bawah.. fuh.. geleng2..

Tingkap dapur sudah selamat pasang blind semalam..Bawah ni gambar semua semalam punya. Hari ni semua lantai da bersih.


Ni gambar blind penuh..


Ditambah dengan pencahayaan lampu sket..


Hehe excited sangat.. rumah sendiri tak sama dengan rumah sewa.. (semua gambar nak letak kat blog.. nanti bila2 ada masa, mesti aku senyum2 bila baca balik entry)

Blind ni nampak ok. Tapi pada aku kalao pilih warna putih mesti akan nampak lagi ok. Sekarang ni dah tak payah nak ber "kalau2" sebab benda da siap pasang. Sebenarnya color ni aku yang pilih. Sebab aku nak matchingkan dengan warna cat yang lama. Aku tak sedar pulak yang bahagian dapur ada plan nak cat warna putih. So bila proceed warna cream ni, bila pasang baru nampak kontra warna... Tak apa la.. Blind je pun kan.. (saja nak sedapkan hati sendiri)

Bahagian tingkap atas juga aku letak blind.


Tingkap ni dekat area hall atas. Pilih material yang transparent sebab tak nak nampak gelap.Kalau tak letak blind, nanti bole nampak tangki air. So better letak.

Sekarang bahagian dalam rumah dah settle bersihkan, cuma tunggu kedai install kitchen cabinet dan pasang hood hob dengan oven..yeay...

2 comments:

  1. Nur, jubin kat dinding tu sama mcm kat dapur. suka jubin tu sebab bila masak terpercik pon, senang nak lap...and x nampak kesan :-)

    ReplyDelete
  2. Betul tu kak. saya mmg mengharap benda yang senang nak bersihkan senang nak lap- memudahkan kerja, eeheheh

    ReplyDelete