Sunday, May 4, 2014

PINDAH RUMAH.

Bersiaran dari rumah baru. 
Aku da selamat pindah rumah semalam. Rasanya cukup la sekali pindah sebab banyak benda nak kene buat: dari hal cari lori, kemas and pilih barang nak naik lori, angkut barang kecik3 naik kereta, wrapping,kemas rumah sewa lama, masuk rumah baru, kemas and susun barang ooooh sampai saat ni pun barang belom siap kemas sepenuhnya. Tarik nafas sekejap.

Pindah rumah kali ni aku guna home shift trading. Sewa lori 3 tan. Total charge rm320. Sebenarnya dia charge rm300 per trip. Kalau nak minta servis wrapping, dia charge rm30 per item. Dia charge aku additional rm20 sebab banyak barang nak angkut naik tingkat atas. Aku ok jer.. sebab paham tengok dorang bersusah payah angkut peti ais dengan mesin basuh yang besar tu turun.

So far servis dia memang bagus. Puashati. Syukur semua urusan pindah rumah ni di permudahkan. Kawasan perumahan baru, jiran2 belom ramai yang duduk. Tapi sebab dekat dengan perumahan lama, nampak ramai juga.

Okey. Aku tengah belajar nak sesuaikan diri dengan kehidupan kat sini. Semoga hari2 mendatang aku ceria dekat sini. Bye.

3 comments:

  1. yey...dah masuk umah baru...tahnuah nani :-)

    ReplyDelete
  2. Unless they have an excellent and can instead
    be a public covet fashion cheats hating. Unbelievable as it may be placed in a
    way to work its way into high drama.

    Feel free to surf to my blog post covet fashion hacks and cheats

    ReplyDelete