Saturday, May 9, 2015

TIPS KAWAL KEWANGAN.

Info ni aku dapat dari utusan malaysia. Baca paper, eh ada info menarik boleh kongsi dekat blog. Antara tips nya:

1. Kurangkan makan di luar. 
Lebih baik makan dahulu di rumah sebelum keluar. Sebab kalau kita keluar masa perut tengah lapar, confirm kita akan beli banyak makanan. Sampai tak termakan. Satu hal lagi, ada cadangan kata bawak bekal dari rumah untuk lunch. Aku sekali jer praktik. Lepas tu tak buat lagi dah, malas. Jadi lepas ni kene rajin-rajin masak dinner. Sangat jimatt okey. 

2. Catat perbelanjaan
Setiap apa yang kita belanjakan. Catat amaun dia. So next time kita tahu berapa  amaun nak spent. Dan juga kita bole tahu berapa lebihan yang masih ada setiap hujung bulan!

3. Menyimpan
Dapat je gaji, terus peruntukkan amaun untuk simpanan. Lebih baik pilih simpanan yang kita tak mudah keluarkan.  Supaya tak berlaku kebocoran wang atau tukar simpanan dalam bentuk emas ke..

4. Jaga harta benda
Ini contoh paling mudah. Kereta. So jaga la kereta kita selagi kita masih nak gunakan dia. Supaya bila berlaku sesuatu kita tak la terpaksa bayar dengan harga yang tinggi. Kira macam langkah pencegahan awal la.

5. Kurangkan penggunaan kad kredit
Ok yang ni pun sama. Penggunaan kad kredit kene di hadkan. Cuba letak limit setiap bulan hanya berapa amaun saja kita boleh spend. 

Ok itu jer tips kali ni nak share. Sekian..
Hari ni ada developer punya kontraktor datang rumah aku nak pecahkan lantai bilik air. Hmm hati aku yang pecah ni. Lauk dah lama siap masak, tapi belom boleh makan.. Aaaa lapar...Cepat la sikit siap ooiiii.

2 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  2. my own tips: peruntukkan 10% of salary for saving. sikit je... tapi lama2 jadi bukit :-)

    ReplyDelete