Sunday, June 14, 2015

DURIAN CREPE.

Lama tak update blog. 
Hari ni nak update satu kisah yang kurang enak. 

Aku beli durian crepe. Nampak iklan dekat fb macam menarik. 


Dah terbayang-bayang rasa durian. 
Order 2 bungkus. 

Bila makan, rasa kecewa sebab durian dia sikit sangat letaknya. Penuh cream jer.. Durian crepe ke nih?? 


Semua 6pcs aku check, sama je. 
Sedih pulak rasa, terus pergi mengadu dekat semua orang hehehe

Lepas ni dah memang tak akan beli lagi dah. Taubat. 

Ok sekian.

Tuesday, June 2, 2015

MOP DULU, MOP SEKARANG.

Dulu-dulu kan, aku tak bape suka keje mengemop ni. Penat hoi. Nak tadah air sabun dalam baldi, lepas tu nak rendam batang mop, lepas tu nak perah lagi... Hoiii memang penat. Aku selalu tengok adik aku (yang nombor dua) mop rumah. Biar la. Lelaki, kerja lebih sikit. Ha ha

Now bila ada rumah sendiri, alahai lagi la malas. Kang kekadang nak mop je.. Datang kat encik suami, lepas tu dia akan tolong aku mop lantai. Kenapa la lantai perlu di mop yer. Hahaha. 
Agaknya bila dah rasa penat nak perah mop tu.. Dia pun pergi beli mop yang style baru punya. Ha ha


Mop zaman moden. Dua dalam satu. Siap boleh perah sekali. Nampak tak kat bahagian tepi tuh ada pemijak kaki. So pijak je situ, automatik dia perah kain mop tuh.


Barulah rasa happy sikit nak mengemop rumah. Cuma kekurangan dia, patut buat la roda siap-siap. Jadi aku tinggal tarik jer kan.. Ni still kene angkat lagi untuk kemana-mana. Haih.. Masih nak komplen kan.. Ada je tak kene. Kerja nak senang jer. Susah sikit dah bising.

Ni lauk hari ahad. Sayur sawi goreng dengan daging masak kicap. Masa ni aku rebus je daging dengan lemak-lemak sekali. Selama ni aku gigih la membuang segala lemak daging. Jadi lauk aku- kau memang makan daging betul-betul. No lemak okey.. 
Sedap juga rupanya bila masak daging dengan lemak-lemak dia. Lembut je aku rasa.. Oooh baru ku tahu..


Semalam balik kerja, sementara nak tunggu rebus cili kering, aku makan la puding kastard jagung.. 


Special buat untuk Nadlene. Sampai lupa aku nak bagi sebekas. Last-last masuk mukut aku jer. Tu ada lagi sebekas kat dalam peti ais. 

Ok la. Curi-curi masa update blog ni. Lepas ni nak update kedai online pulak. Jemput singgah yer.. 

Ops promote sikit. Promosi kombo seqybeauty.. Whatsapp 0197627358 untuk detail. Ok bye..


Sunday, May 31, 2015

RUTIN PENJAGAAN MUKA DENGAN SKINCARE SEQYBEAUTY

Kali ni aku nak share rutin penjagaan muka dengan skincare seqybeauty.

Ok mula-mula kita cuci muka dengan cleanser. Antara fungsi cleanser adalah untuk membaik pulih sel kulit, sebagai pelembab wajah, membuang kotoran pada wajah, anti oksida, memudarkan jeragat dan bintik hitam, membaik pulih sel kulit, mengurangkan masalah kulit berminyak dan anti microbial.

Bila pakai cleanser ni, kulit muka rasa lembut jer.. Takde la tegang ke apa ke macam sesetengah cleanser lain.

Cleanser dia ni cecair warna oren.  Picit sekali jer kat tapak tangan, lepas tu sapu ke muka. Tak payah lama pun. Cleanser ni juga banyak buih.


Kemudian kita pakai toner. Fungsi toner pulak, membantu menstabilkan pH kulit, meminimalkan ukuran pori-pori dengan menepuk toner pada wajah dengan menggunakan telapak tangan. Mengurangkan risiko berjerawat dan berkedut, mengawal sebum-kelenjar minyak. Mengurangkan radang kemerahan pada kulit.

Picit 2 titis ke tapak tangan, dan tepuk-tepuk ke seluruh muka.

 
Lepas toner, kita apply serum pulak. Ok serum dia ni ada bau anggur.. Sedap jer..Risau gak 30ml ni bole tahan berapa lama, sebab sedap sangat dok picit kan...

Picit 2-3 titis, ke hujung jari. Tekstur dia macam gel. Lepas tu sapu la keseluruh muka. 

Antara fungsi dia, membuatkan struktur kulit lebih tegang dan anjal, melembabkan kulit wajah yang kering akibat jerawat. Mengurangkan kedutan pada wajah, menghalus serta mencerahkan kulit, mengawal sebum, mencegah pertumbuhan bakteria dan jerawat.


Akhir sekali barulah kita apply day and night cream. Ni krim 2 in 1. Ini lah krim siang dia, inilah juga krim malam dia. Sapu keseluruh muka. Krim ni cepat meresap, so jangan risau. Mula-mula pakai rasa berangin jer...

Antara fungsi dia, menghilangkan jerawat dan parut bekas jerawat, mengurangkan dan memudarkan bintik-bintik hitam di wajah, menghilangkan parut di wajah, mengecilkan pori-pori, mengawal minyak, dan melicinkan tekstur kulit.

Ada sesetengah krim malam, bila kita pakai, muka akan berminyak bila bangun pagi keesokan hari. Beza dengan krim seqybeauty ni, muka kita tak berminyak pun bila bangun tidur.. 



Itu je caranya, senang kan??
Ok da malam ni, aku tengah layan drama Mahar Tanpa Cinta.. Masih gigih nak update blog.
Jumpa nanti next entry. Bye.

Saturday, May 30, 2015

ENTRY HUJUNG BULAN.

Eh sekejap je dah nak masuk bulan 6. Pertengahan tahun. Cepatnya masa berlalu. Baru ada masa nak update blog, sementara tengah rebus spageti ni..

Banyak benda nak tulis dekat blog. Tapi tu la. Kekangan masa. Aku yang tak pandai curi masa. Ok sila mengaku kesalahan sendiri. 

Ni lauk dua minggu lepas kot. Nak juga upload kat blog. 


Tak sah katanya. Jadi meh la gila glamer sikit- tayang hasil masakan. Kadang-kadang, memasak pun boleh hilang stress tau. Apa taknya. Lepas masak, makan. Hilang stress. Lepas tu gemuk. Bulan ramadan nanti nak diet. Baru terkial-kial.

Dinner malam ni spageti. Dengan sos prego yang ni:


Macam biasa la, suamiku itu sangat suka mencuba benda baru. Dia nak cuba makan sos variant ni. Layankan jer..Lepas gaul dengan spageti jadi la macam ni- lebih kurang carbonara gamaknya..


Satu pinggan makan la dua orang. Romantika okey. Padahal malas basuh banyak pinggan. Boleh jimat sabun. Eh...

Oh aku ada berita gembira. Sofina3 blue dah selamat disatukan dengan adik dia-Sofina3 nude.. So bags.. Sila berkhidmat untuk aku selama dua tahun lagi. Jangkahayat sorang setahun. Kuikuikui


Confirm, lepas ni boikot web sometimes. Selama dua tahun. Pakai sofina3 sampai lunyai.

Hari tu encik suami pergi outstation kat Labuan. 4 hari boring betul hidup rasanya.. 4 hari juga la makan luar dengan adik aku. Kopak kopak. Sempat la pau dia perfume. Muka kemain happy pertama kali pakai incanto charms..


Ok sambung next entry. 
Masa untuk makan.. Bye.

Wednesday, May 20, 2015

PRODUK BARU DI NBHZ.

Ok masa ada setengah jam lagi, sesuai la untuk update blog. Pagi tadi aku lambat (lagi). Dah takde nak kata apa lah. Memang lambat. Tapi lambat tak lambat belakang kira. Breakfast tetap breakfast dengan ESP dan performance drink Shaklee. Untuk bagi tenaga sampai pukul 12 tengah hari. Makan dengan sekeping roti. Selfie sekejap gambar nak send ke encik suami, haha. Abaikan persekitaran yang semak di atas meja makan ku itu..


Ok lately ni agak busy sikit. Dengan kerja, dengan hal rumah lagi- kes bilik air bocor tu pending kontraktor nak tampal waterproof layer. Sampai hari ni belum tampal. 

Hari ni terfikir pulak aku nak up iklan kat blog. Alhamdulilah sekarang Nani.Beauty_Health.Zone (NBHZ) dah ada produk baru selain Seqybeauty dan Shaklee. Produk blouse muslimah dengan shawl by Al.Ujab. So kali ni aku letak blouse pelikat ni dulu. Untuk shawl, entry lain. Kang panjang pulak. 












If berminat boleh whatsapp 0197627358.
Harga sehelai RM65, now ada promotion. Pembelian 2 helai hanya RM110, free postage. Boleh campur-campur code baju.

Hari-hari ada jer orang order, maksudnya ramai yang suka la sebab selesa. Ok itu je nak update. Jumpa nanti next entry. Bye.


Saturday, May 16, 2015

UPDATE SEKALIGUS.

Apa dah jadi dengan aku ni... Lama rasanya tinggalkan blog. No no no. Bukan nak tinggal terus tapi kekangan masa. Ok fine. Now ada masa nak update. 

Aku ada cuba masak lauk baru, baru bagi aku sebab first time masak hoi.. Ni gara-gara tengok diari mangkuk tingkat ili tu la. Ayam masak lemak cili api. Gambar takde sebab lepas siap masak je terus makan. Tak sempat nak bergambar bagai.

Senang je rupanya cara masak, kisar bawang merah, bawang putih, kunyit, cili padi 7-8 batang. Serai dititik. Bersihkan ayam, tos sampai airnya kering. Masukkan bahan kisar dalam periuk, tumis dengan ayam sampai airnya kering.. Masukkan serai yang dititik. Ni tak pakai minyak pun.. If agak-agak da kering, masukkan santan dan tambah airnya jika pekat. Lepas tu masak sampai mendidih. Kemudian siap..mudah je kan..

Nak cerita pasal rumah. Aku ada bagitahu sebelum ni, masterbedroom aku leaking air sampai ke kornis. So minggu lepas developer punya kontraktor ada datang rumah aku, untuk pecahkan tiles. After air kering baru boleh letak waterproof layer kemudian baru la simen balik kot. Ni sampai sekarang belum siap-siap lagi. Katanya airnya belum kering. Haih lamanya menunggu. Memang sabar je la. Terpaksa. Dari mata sakit tengok kornis yang da tukar warna.

Baru-baru ni ada viral dekat facebook tentang ada orang yang meninggal katanya disebabkan pemakanan supplemen. Macam tu juga ada viral kisah pasal perempuan yang dibuang ovari sebab makan supplemen. Pada aku, selagi tak disahkan kaitan dengan supplemen ni semua, tak perlu la nak disebar kan. Sebab kita pun tak tahu pucuk pangkal. Jadi fitnah pulak, kalau kita sebar benda yang salah.

Cuma satu yang buat aku tertarik, orang kata arwah ada makan tiga supplemen sekaligus, katanya nak dapatkan kesan cepat? Sebagai pengguna supplemen, apa yang aku boleh cakap ialah, supplemen ni makanan tambahan, bukan ubat dan bukan pengganti makanan sebenar. Kita ambil supplemen adalah untuk bantu kita ganti dapatkan apa nutrien yang sepatutnya kita dapat, tapi kita tak dapat ambil dalam pemakanan seharian.

Bila makan supplemen, kita selalu di ingatkan supaya ambil air dengan secukupnya. Ini penting ok. Dan pulak, if kita consume beberapa supplemen, pastikan kita tak ambil dalam satu masa yang sama. Jarakkan pengambilan dalam tempoh 4-5 jam. Macam aku consume shaklee dan ephyra. Pandai-pandai la susun atur jadual makan. Kebiasaannya aku akan ambil ESP shaklee sebagai sarapan. Ephyra pulak aku akan ambil sebelum tidur. So jarakkan pengambilan antara dua supplemen.

Ok, nak juga update pasal stock seqybeauty makin lama makin susut ni.. So if ada sesiapa nak order boleh whatsapp 0197627358 
Dah ramai yang suka. Hot item ialah bbcream. Tapi lagi jimat ambil set kombo.  boleh refer instagram yer. Semua testimoni aku letak situ.


Semalam aku sempat habiskan buku magnet marketing. 


Ayat paling terkesan ialah: 


Semoga aku diberikan kemudahan untuk  teruskan biz online ni. 

Okey. Macam panjang pulak entry ni. Stop dulu. Nanti sambung.

Saturday, May 9, 2015

TIPS KAWAL KEWANGAN.

Info ni aku dapat dari utusan malaysia. Baca paper, eh ada info menarik boleh kongsi dekat blog. Antara tips nya:

1. Kurangkan makan di luar. 
Lebih baik makan dahulu di rumah sebelum keluar. Sebab kalau kita keluar masa perut tengah lapar, confirm kita akan beli banyak makanan. Sampai tak termakan. Satu hal lagi, ada cadangan kata bawak bekal dari rumah untuk lunch. Aku sekali jer praktik. Lepas tu tak buat lagi dah, malas. Jadi lepas ni kene rajin-rajin masak dinner. Sangat jimatt okey. 

2. Catat perbelanjaan
Setiap apa yang kita belanjakan. Catat amaun dia. So next time kita tahu berapa  amaun nak spent. Dan juga kita bole tahu berapa lebihan yang masih ada setiap hujung bulan!

3. Menyimpan
Dapat je gaji, terus peruntukkan amaun untuk simpanan. Lebih baik pilih simpanan yang kita tak mudah keluarkan.  Supaya tak berlaku kebocoran wang atau tukar simpanan dalam bentuk emas ke..

4. Jaga harta benda
Ini contoh paling mudah. Kereta. So jaga la kereta kita selagi kita masih nak gunakan dia. Supaya bila berlaku sesuatu kita tak la terpaksa bayar dengan harga yang tinggi. Kira macam langkah pencegahan awal la.

5. Kurangkan penggunaan kad kredit
Ok yang ni pun sama. Penggunaan kad kredit kene di hadkan. Cuba letak limit setiap bulan hanya berapa amaun saja kita boleh spend. 

Ok itu jer tips kali ni nak share. Sekian..
Hari ni ada developer punya kontraktor datang rumah aku nak pecahkan lantai bilik air. Hmm hati aku yang pecah ni. Lauk dah lama siap masak, tapi belom boleh makan.. Aaaa lapar...Cepat la sikit siap ooiiii.