Ni aku petik kata-kata dari Saiful Nang- buku Kisah Orang Menang.
Senyum sendiri aku.
Memang betul.
Walau macam mana banyak kerja sekalipun, masih sempat curi masa untuk chatting. Hari-hari.
Rasa bersalah tetap ada. Waktu kerja sepatutnya guna dengan sebaiknya untuk habiskan kerja. Tapi curi-curi chatting. Alasan. Chatting is one of the method to release tension.
Lebih baik chatting depan komputer daripada kau pergi melepak kat meja kawan dan borak macam kat kedai kopi kan?
Kat kilang lama aku dulu, chatting thru email. Jadi memang berantai la email-email nak membaca. Kadang aku sampai tak sempat nak baca. Ada pernah jadi satu kes aku dengar, satu group chatting tu, dia termasukkan nama satu manager. So semua email chatting sama masuk
ke inbox manager. Aku tak ingat apa kesudahan cerita ni. Tapi yang penting, semua orang sangat berhati-hati bila nak mulakan chatting thru email selepas insiden ni.
Kilang baru pulak, ada disediakan satu akaun microsoft lync. Ingat lagi masa mula-mula aku join, punya lah tak reti nak guna. Antara sebab yer la, budak baru mana la kenal orang sangat. Lepas beberapa kawan aku join kilang ni, baru la aktif ha ha. Now satu kemestian. Hari-hari ada je issue. Best okey. Dah lupakan issue chatting ni, asalkan kerja siap ontime dan takde impact yang besar, ia masih okey lagi. Entah-entah bos pun chatting juga kot. Ha ha
Okey ni nak tayang masakan berbuka hari ni. Mee goreng dengan karipap goreng jer. Satu pinggan mee makan dua orang. Karipap sorang dua ketul. Adil dan saksama.
Dah dua hari makan beli kat bazar, kali ni kita masak jer la. Aku sampai sekarang rasa fail la bila goreng karipap ni. Selalu jadi nampak macam hangus. Padahal aku jaga je karipap ni masa goreng. Konpius sangat.
Okey la. Stop dulu. Jap lagi nak keluar bayar duit kereta. Blom bayar lagi. Daa sambung nanti.

























