Sejak kahwin ni, aku memang selalu memasak dinner. Tapi kadang2 ada juga terlajak makan kat luar. Pelik juga setiapkali bila ditanya- malam lepas balik kerja, memasak ker? And when i say yes, semua akan reply...tak penat ker...
Penat memang la penat beb. Tapi aku nak juga memasak untuk encik suami. Lagipun teringat la pesan mak aku.. Masak sendiri lagi bagus..Ok sebagai anak yang baik, aku ikut la pesanan dia tuh.. ha ha ha
Aku ni kan bukan la terrror sangat memasak pun. Asalkan boleh telan.. memang ngap jer la..Balik2 asik lauk yang sama, memang boring. Jadi aku pun survey resepi2 baru konon untuk dicuba la. Macam hari ni. Aku decide nak masak sayur air bayam dengan sate goreng. haaa Sayur air bayam tu macam biasa la, senang je main campak2. Makanya aku malas nak tepek gambar.
Tu dia sate goreng....
Aku suka makan sate, tapi kalao asik nak membeli jer, memang kopak la kan...Elok juga aku try resepi ni. Mana tau kot2 boleh cuba lagi in future.
Senang rupanya resepi sate goreng ni. Mula2 mesti ada daging. Lepastu sediakan gula pasir, gula merah, madu, garam secukup rasa. Ok kemudian sila lah kisarkan, jintan,ketumbar, bawang putih, serai, lengkuas, halia,kunyit. Sukatan ikut suka hati ko. hehe
Dah siap semua, letak dalam satu bekas, gaul rata, lepastu campurkan la dengan bahan2 yang first tadi, gaul sikit, letak la serbuk lada sulah sikit...Dah rata semua,perapkan daging, gaul2. Macam aku simpan dalam peti ais selama satu jam, lebihkurang la..
Bila nak masak, panaskan minyak, terus goreng macam biasa...Lepas tu bole la makan...
Ok habis cerita pasal lunch. Semalam dekat JB satu hari hujan, habis tempat rendah semua naik air.. Nasib la hari ni cuaca elok sikit.. Petang ni ingat nak membeli barang sikit.. Sekarang nak rehat2 sambil tengok tv dulu. Daa...
No comments:
Post a Comment