Friday, January 24, 2014

PANTUN TAK SIAP..

Tak pasti la aku pernah tulis ke tak pasal rancangan pantun tak siap ni. Aku dengar kat radio hari jumaat sambil drive pergi kerja. Aku tak ingat pulak kot2 sedari tahun lepas ada rancangan ni setiap pagi jumaat. Entah2 ni slot baru yang dia tukar gantikan, maklum la bukan saja rancangan tv nak di tambahbaik, slot radio pun sama- untuk naikkan rating.

Bila ada pemanggil yang sambung pantun nada lawak, memang tersenyum2 la aku sorang2 time drive..haih..

Jadi pantun hari ni sila sambung:

"Di sana merak di sini merak,
Merak mana hendak di kepung"

Antara sambungan dari pemanggil yang aku dapat ingat:

"Sakit sungguh jatuh terhentak,
Sampai lebam isi punggung"

Tetiba teringat pulak lebam kat peha aku sebab terlanggar turnstile kat opis nih, hmm masih tak hilang2 lagi lebam tu. Lambat betol la..

"Dapat suami kaki borak,
Dikirim beras, dibelinya tepung"

Yang ni paling lawak aku rasa, tapi betol juga, dibuatnya dapat suami yang kaki borak, kita suruh pegi kedai belikan beras, tepung pulak yang di bawak balik. Asyik sangat berborak, sampai lupa. hihihi

"Kaki sakit tak dapat bergerak,
Siapalah yang sudi nak dukung"

Alololo kesian yer.. kaki sakit tak boleh gerak, bersabar saja la ye...Sila jaga kesihatan tubuh badan- pilih supplemen yang sesuai, opps promote shaklee pulak.. 

"Disana hendak, disini pun hendak,
Akhirnya dua dua melopong" 

Hah ni maksud jangan tamak, ni nak juga amik dua2 akhirnya melepas semuanya..

Bila dengar slot radio pagi ni, rasa happy sikit drive, mood pun baik jer.. 
Ok sampai opis je, sakit kepala. Semalam boleh aku mimpi pasal kerja! Nightmare betol...

Hmm layan je la bab kerja ni, hati kene sabar. Diri kene tabah.
Ok bye.

No comments:

Post a Comment