Friday, May 1, 2015

TIPS MENGEMAS RUMAH.

Nak tulis tips macam la aku ni bagus sangat mengemas rumah. Ha ha. Tapi baik la kita share juga. Mana tau orang lain boleh apply benda sama. Sebab aku dengan encik suami bekerja, so masa yang ada kat rumah biasanya sebelah malam jer. Itu bermaksud, kemas rumah jadi rutin hujung minggu. Tapi bukan tiap-tiap minggu. Boleh? 

Disebabkan hari ni cuti, jadi aku amik keputusan nak kemas rumah. Setelah sekian lama. Opss masa tulis entry ni, mak aku baru je call. Suruh kemas bahagian luar rumah aku. Hahaha Memang sepah. Takde masa. Tapi takpe, asalkan bahagian dalam selesa, bagus kan? 

Masa aku kemas-kemas, aku dapat idea:

1. Biasakan diri untuk letak barang di tempat sepatutnya. Macam aku, da jadi habit asal balik rumah je, semua campak atas kerusi meja makan, tudung, beg, segala macam barang. Lepas tu kadang-kadang aku lupa nak bawak naik atas. So tersadai la barang-barang tu semua kat bawah. Hasilnya meja makan aku da seumpama stor aku rasa. Erk..Jadi start hari ni, lawan perasaan malas. Letak barang di tempat yang sepatutnya.

2. Tetapkan lokasi barang di satu-satu tempat saja. Contoh aku ada banyak eco bottle tupperware. Tak banyak mana la, ada 5 je. So aku akan isi air siap2. Lepas tu if nak minum, terus minum jer.. Disebabkan easy access botol air ni, jadi botol ni akan ditinggalkan macam tu je lepas minum. Kalau aku tengah tengok tv, minum air, lepas tu botol letak sebelah sofa.. Sampai bila-bila la macam tuh.. Dan kadang-kadang aku pernah tersepak botol, sebab aku tak perasan botol ni duduk antara sofa dengan stool. Ha ha 

3. Kurangkan beli barang yang tak sepatutnya. Hiasan-hiasan yang tak berkenaan tak payah dibeli langsung. Dah tau diri ni pemalas nak kemas, so rumah aku memang tak de hiasan bagai. Bunga-bunga ke hapa, diri ni memang tak rajin. Maka tak payah beli. 

4. Jangan tangguh kerja. Sekali dah niat nak kemas rumah, teruskan saja aktiviti mengemas. Aku banyak kali macam ni, asal nak kemas je, malas, asal nak kemas je, ada la benda lain nak buat. So sekarang aku kene tuka mindset. Jangan tangguh kerja, asal malas tu datang jer, fikirkan keadaan rumah yang da kemas dan bersih rather than nak pikir, ohoi penatnya nak sapu-mop rumah.. Haih..Tapi kemas rumah memang penat. Walau macam mana pun, aktiviti ni bagus, atleast boleh keluarkan peluh.. Ala-ala senaman.

Kesimpulannya. Memang kene gigih. Badan memang penat sikit tapi hasilnya pasti tak mengecewakan. 

Ok last sekali nak bagitahu.. Aku ada ready stock product seqybeauty. BBcream cuma ada code 1 dengan code 2 jer yer..


So sesiapa yang nak COD, boleh calling or whatsapp ok? 
Aku boleh COD area kempas, setia tropika, skudai, senai, JB. 
Sekian terima kasih. 


4 comments:

  1. ahahha, akak pon skali sekala kemas umah... umah 2 tingkat ni memang penat nk kemas... tapi umah kita bukan sepah pon, habuk tu yg x tahan kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol tu kak. habuk yang banyak tu. jadi setiap kali kemas rumah, mesti asyik nak bersin-bersin. lepas tu selsema.. Aaaagh tak suka tak suka.. hehehe

      Delete
  2. Sepp! Poin no. 1 dan 3 tu kita sama....banyak sangkut pakaian kat kerusi meja makan dan singgah letak barang atas meja, pastu lama-lama jadi menimbun..stress sendiri. Pastu ngamuk-ngamuk dengan suami bila dia join sangkut seluar jeans dia kat situ....hahaha...sekejap kemas, pastu selang berapa hari buat balik!

    Poin no. 3 tu, sebab duduk rumah arwah Mak maintain jer apa yang dah ada kat dalam rumah ni. Bukan tak nak menambah, cuma dah tahu diri sendiri ni tak berapa rajin nak mengemas so baik jangan nak mendeko2 sangat.

    kalau nak mengemas rumah, memang Yani suka tunggu time suami ada sama (selalunyer weekend la), sebab Yani boleh arah-arah dia bantu sama bab kerja yang renyah dan berat. Biar sama-sama letih, baru dia tahu kerja dalam rumah ni kerja bersama, bukan wife je yang incharge....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha tu la kan. Asal balik rumah je, tudung beg semua letak je kat meja makan. Tu yang tengah cuba nak ubah tabiat ni. heheh

      Delete